Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 12 Januari 2012

Lagu nyanyian Muslimat Pas asalnya dari nyanyian Gereja.

Begitulah orang bebal berhujah.

Benda neh dari awal bukan isu pun pada aku. Ia mungkin isu bagi orang lain. Tapi ia bukan isu pun pada aku. Yang kelakar tue boleh pula mereka2 neh join sekaki balon muslimah walaupun terang lagi jelas benda neh bukan isu langsung. 

Ia adalah normal bagi wanita dan perempuan melaungkan kata2 semangat. Ia bukan isu. Apa hanya lelaki je boleh melaungkan perkataan reformasi? Bertakbir? Apa, kalau sesama wanita buat ia jadi salah? Haram? Minda kelas kedua yang mendikriminasikan wanita neh harus dicantas. Bias kepada jantina. Sesuatu yang aku tolak 100%.

Wanita boleh melakukan apa yang lelaki buat selagi mana ia bukan melawan syariat dan fitrah. Lelaki bukan individu yang boleh menentukan apa yang wanita patut buat dan tak patut buat. Lelaki diminta jangan perasan bahawa apa yang mereka buat itu adalah betul dan tepat. Bayangkan jika video di atas neh ditukar semua nya jadi lelaki. So? Ada mana2 individu yang akan sekaki dengan umno dan utusan dalam isu neh? Jangan harap. 

Persepsi yang menganggap wanita lembik, lemah, bersuara mesti sopan gileww..  adalah persepsi karut yang wujud dalam perjuangan menentang kezaliman. Sila simpan persepsi tue jauh2. Jangan pernah ada persepsi itu. 

Aku dah beberapa kali mengikut perjuangan muslimah pas dan memang seronok beb buat benda2 gini. Apahal pula kami dikatakan sangat super biadap dan super tak sopan santun? Ada kami buat benda2 kat bawah neh ka?




Pun takde.

Lalu, apa masalahnya? Suara? Aurat? Sekumpulan muslimah sesama mereka menyanyikan kata2 semangat sesama sendiri. Bukan mereka pergi tok2.. ini program mentor ka? Akedemik fantasia ka? Please.. kami nak menyanyi sambil terloncat2 di atas pentas. Pleaseee...

Ada meh? Pun takde. Yang si merakam tue yang menyemak datang rumah orang dan rakam apa2 yang orang buat dalam rumah tue apahal? Aku nak bogel dalam rumah aku pun aku punya pasal. Yang ko sibuk nak meninggaldunia kenapa?

Wooo... yang ko pergi salam lelaki polis napa? Napa beb? Napa? Salah tue. Haram. Hello kawan. Dia salam dan ucapkan tenkiu. Tiada syahwat pun. Nak kelip mata pun tak sempat. Nak mengorat jauh sekali.  Macam mana nafsu boleh timbul? Ada dia peluk2 bagai rosmah mansur peluk2 orang ka? Toksah ulang tayang gambar tue aihh. Korang pun dah boleh bayangkan macam mana kan.

WOooo.. jangan lah ko melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan pertikaian dan salah faham suatu hari nanti oleh umno. Apa? Aku berdiri di depan kedai toto ka apa? Apa, aku pergi masuk pub ke apa? Tak pun. Aku berdiri depan masjid dan tiba2 ko ucapkan benda neh. Apa? Apa yang perlu aku tafsirkan melalui pengucapan ko itu?

Woooo... sebab perkataan umno mampos? Seorang perempuan tak boleh cakap perkataan mampos? Napa? Perkataan mampos haram disebut oleh wanita? Apa yang membezakan seorang lelaki dan seorang perempuan bila dia menyebut perkataan mampos neh? Apa?

Takpe. Kami boleh tukar ia kepada perkataan meninggaldunia. Ia mungkin lebih sedap dibaca dan didengar oleh penyokong totok umno dan kaum lelaki yang mendikriminasikan status wanita di dalam perjuangan. Nasib baik lah muslimah pas berlapang dada minta maaf dalam isu neh. Sesuatu yang di respect. 

Lelaki2 yang sekaki dengan umno dalam isu neh berfikiran bias jantina dan aku tak terima pandangan dorang tak kira lah dorang nak cakap apa pun kat aku lepas neh sebab aku dah masuk ke dalam mode ada aku kesah? DPPP juga dah keluarkan statement yang sangat adil pada kedua2 belah pihak. Ini pun aku respect. Bagos. Muslimah pas dan pkr pada asasnya adalah sebahagian daripada perjuangan parti. Membalon muslimah hanya semata2 melagukan kata2 semangat adalah fikiran lelaki yang sangat kolot dan dangkal.

Sama seperti dangkalnya mereka bila memainkan isu konon nya lagu nyanyian muslimah neh di ambil dari gereja. Posting2 fitnah terbaru dari umno totok yang bebal dalam isu neh sangat2 difahami oleh aku. Orang yang bebal hanya boleh menghasilkan sesuatu yang bebal. Tetapi yang aku tak faham, kenapa orang yang tak bebal, boleh terikut2 dengan permainan orang yang bebal? Disini confuse aku bermula. Bai

Ameno : Apa pun tak boleh. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...