Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 11 Januari 2012

Mufti mengesahkan Jamil Khir layak menerima zakat.



Wah.

Sanggup mufti keluarkan statement macam neh? Layak? Termasuk dalam asnaf zakat? Dia miskin sangat ke sampai perlu dibantu guna wang zakat? Rumah pun taraf istana mufti weh. Terdesak pun bukan. Dia boleh jek guna peguam kerajaan yang dah sah2 tak perlukan apa2 kos guaman tapi kenapa guna khidmat swasta dan yang lebih parah kenapa guna wang zakat? 

Aku tak faham mufti neh. Siyes. Macam mana dia boleh menghalalkan sesuatu yang haram. Dia ada keluarkan statement beginikah dalam isu majalah playboy mangga atau apa2 isu lain yang berkaitan dengan akidah umat islam? Ada ka weh?

Yang sebenarnya, pandangan mufti neh tak sama dengan pandangan aku. Aku takmo maki hamun mufti neh. Siyes. Maki hamun pun tak guna kalau mufti neh tak faham kenapa isu neh dipersoalkan. Dengar sini wahai insan yang mengelarkan diri nya sebagai seorang mufti. Mari saya beritahu anda kenapa kami marah dengan jamil khir yang guna  wang zakat neh sedangkan dia bukan termasuk dalam asnaf yang layak pun.

1. Jamil khir menteri agama.

2. Jamil khir faham dan arif pasal hukum sebab dia ada ilmu tentangnya.

3. Jamil khir orang yang kaya raya. Duit banyak dan bersepah. Rumah pula besar gedabak.

4. Andai jamil khir memerlukan peguam, guna sahaja khidmat peguam kerajaan.

5. Ini kerana, siapa lagi nak percayakan orang kerajaan kalau bukan orang kerajaan sendiri. Betul?

6. Dalam pada itu, di malaysia neh ramai umat islam merunggut2 susah nak mendapatkan bantuan zakat dan baitulmal. Ada di antara mereka menangis, mengeluh, sakit ahti, putus asa dengan lembaga zakat di malaysia. Bagi mereka meminta zakat ialah jalan paling akhir yang akan mereka lakukan sebab layanan yang diterima sangat2 mengalahkan layanan kepada peminta sedekah.

7. Ya, betul neh bukan mewakili semua lembaga zakat di malaysia. Tetapi sayangnya, inilah yang sering dihadapi oleh mereka2 yang meminta bantuan zakat. Selain dari prosuder yang berbelit2 dan kena tunggu, mereka juga marah apabila orang2 yang tidak layak mendapat bantuan zakat.

8. Salah satu contohnya yang berlaku pada sedara jauh aku. Dia ialah ibu tunggal 4 tahun yang lepas. Dia dapat bantuan baitulmal untuk bayar sewa rumah. Anak 3 orang masa tue. Satu bagi orang. Yang lagi 2, satu tak sekolah [kerja], satu lagi tak sekolah sebab diabaikan. Dia telah mendapat bantuan bayaran sewa rumah walhal dia takde apa2 tanggungan sebab dia bukan jaga anak2 sendiri pun. Gaji pun dekat rm2k. Sewa rumah rm200 sebulan. Dia lagi berasal dari keluarga yang kaya raya. Mampos aku kalau dia baca blog aku neh. Sesedap aku jek mengata dia. Sorry na.

9. Yang miskin dan betul2 susah pula tak dapat2. Kenapa ada proses sebegini? Bagaimana orang2 kerajaan buat kerja dan bagaimana pula menteri2 neh pantau kakitangan mereka? Kalau ye pun kakitangan lembaga zakat bersikap pilih kasih, maka bagi lah saluran yang boleh kita komplain terus apa yang berlaku dengan merahsiakan maklumat si pengadu. Dan bersegeralah bertindak ikut maklumat yang didapati. Susah meh?

10. Tapi si jamil khir neh pula, dah lah tak susah, tak miskin dan tah hapa2 tapi boleh plak dapat bantuan dan siap dihalalkan oleh mufti wilayah. Patut meh? Memang larh tak patut. Nak2 bersepah2 lagi umat2 islam yang perlukan bantuan. Ko punya kek dah silap. 

Maksud aku ialah ;

Sebiji kek dibahagi kepada 3 bahagian.

1 bahagian utk umat islam yang memenuhi 8 asnaf.

1 bahagian untuk memperuntukkan kepada umat2 islam yang terdesak ikut musim.

1 bahagian untuk kerja2 dakwah. [jihad fisabillah sepertimana di atas neh]

Maksudnya buat program2 agama ka, menuntut jenayah mualaf ka, okey lah.

Tapi neh masalah peribadi jamil dengan dsai. Apahal masalah peribadi neh pun dikategorikan sebagai jihad? Jihad waklue! Jangan bikin gua menangis sebab ada mufti macam neh please.

11. Jamil khir juga kena menjawab dengan kami neh selaku pembayar2 zakat. Ingat semudah abc kami nak lepaskan jamil khir? Sila jangan bermimpi.

Di harapkan selepas neh mufti jangan lagi sewenang2nya keluarkan statement sebegini. Malu lah oii. Malu. Bab2 politik neh larh time tue mula tayang muka, edar pc dan etc. Tapi bab2 akidah time tue muka ke mana, pc ke mana. Haram nak bercakap membela kesatuan umat islam. Haram.

Tambahan point. Yang aku lupa nak nyatakan semalam. Jika mufti kata tindakan jamil khir neh halal, kenapa jamil khir kelam kabut bayar semula wang yang telah digunakan? Dan yang lebih mensadiskan, dia bayar balik pun guna wang kerajaan. Kenapa?

Ameno : Umno apa pun boleh. Haram pun jadi halal beb.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...