Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Disember 2011

NFC nak saman, saman je lah.

Loser...

Main tarik pula si salleh neh.

Nak saman, lue saman, lue saman. Taknak saman lue dediam dah larh. Aku rasa ramai pemimpin pr dah bersedia untuk disaman oleh salleh dalam isu nfc neh. Hujah2 yang dipakai oleh salleh bersandarkan penafian tanpa dokumen dan fakta je. Contohnya begini ;


Rakyat : Jabatan audit mendedahkan nfc tidak mencapai target. <== dengan bukti + fakta.

Salleh : Jabatan audit tersilap lapor. <== bukti mana? Dokumen mana? Takdak. Tapi dia soh kita percaya dia?

Rakyat : PAC mendedahkan berlakunya penyelewengan, salah urus dana dan lari target oleh nfc <== bukti video kenyataan oleh azmi khalid.

Salleh : Hentikan fitnah atau saya saman.<== waklue. Yang cakap tue PAC. Kami cuma angkat dan sebarkan ajek. Lue ingat PAC = PKR kah? PAC = gov whorr. fitnah apa menda nya?

Then last2 guna polis bersihkan nama dia. Ingat rakyat percaya ka? Apa2 benda penyelewengan kalau guna polis aku satusen pun tak percaya. Tapi kalau ko bagi aku macam aku ikut dan perhatikan siasatan polis neh, baru aku boleh buat pilihan. Toksah hadap lah rakyat malaysia neh bengap macam lembu beb. 

Satu persatu isu salleh neh kantoi tapi dia still tegakkan benang yang basah. Aku no hal kalau dia neh betul2 pandai berbisnes bagai. Tapi jadi hal bila dia sesedap dapat pinjaman dan gunakan pinjaman tersebut utk bina kekayaan sendiri. Walhal pinjaman tue sepatutnya untuk NFC. Dia boleh pakai untuk kepentingan peribadi plak.

Senang cakap, salleh ko saman je larh. Banyak lagi bukti2 yang akan didedahkan di mahkamah. Di ulangi, banyak lagi bukti2 yang akan didedahkan di mahkamah. Tinggal lagi ko kena saman jek. Ko cepat saman sekarang. Kalau ko rasa ko betul dan benar ko saman. Aku cabar ko untuk saman. Mari kita lihat siapa yang kena dalam isu neh.

Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.


Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

“Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau dipetik Berita Harian.


Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil itu berkata, “saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai.” -MI-

Ameno : Takut saham jatuh larh tue..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...