Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 Disember 2011

Alamak kawan blogger aku kena saman dengan Musa Hasan.


Lepak geng, lepak. Cara terbaik amend balik artikel tue dan minta maaf je pada Musa Hasan. Tak berbaloi beb kena saman pasal isu neh. Tiga blogs yang BAKAL disaman oleh Musa Hasan ialah ;


1. free malays.blogpot.com, 

2. pulakdah.blogspot.co

3. abushahid.wordpress.com.

Salah seorang dari 3 bloggers di atas aku kenal. Kenyataan Musa adalah seperti di bawah neh ;
Kuala Lumpur - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.


 Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com - GB-

Musa tidak menamakan blog aku, tapi dia bagi warning jek. Tapi takde lah aku nak terasa sangat pasal aku pun bukan tuduh dia. Just tanya jek. Tapi kalau itupun salah kena lah aku beralah dan amend balik artikel tersebut dengan kenyataan minta maaf. 

Harap rakan2 bloggers yang lain pun buat cara gini gak. Tak berbaloi beb disaman. Banyak lagi benda yang lebih berfaedah patut dibuat contohnya menjatuhkan rejim zalim ka.. 
kah kah kah

Ameno : Peh.. cuak gak aku beb tadi. Muahahaha..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...