Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 28 November 2011

Shahrizat tenang hadapi isu NFC.



Semalam aku ada beli paper berita minggu. Saja je beli pasal nak baca paper. Dah lama rasanya tak beli paper neh. Selak punya selak ada lah terkeluar berita kat atas neh. Tajuk berita ==> Shahrizat tenang berdepan projek lembu. Heh. Tenang bhai. Dah songlap duit juta2 dia masih boleh tenang lagi. Ini bererti benda neh dia dah biasa buat. Orang kalau tak biasa buat, usah kata juta2, kalau ringgit2 even sen2 pun jiwa rasa tak tenteram. Jiwa jadi kacor. Lumrah biasa bagi manusia yang tak suka songlap.

Tapi neh berbeza buat shahrizat. Dia masih tenang, cool dan siap pergi umrah lagi. Selepas semua penyelewengan yang membabitkan diri dia terbongkar dia masih ada mood pergi umrah. Peh. Tabik. Jauh sekali dia nak buat permohonan maaf secara terbuka ataupun mengaku salah sebaliknya dia jalan2 sambil lari2 pergi umrah supaya orang melihat dia sebagai seseorang yang cintakan ibadah. Sorry geng. Aku tahu pasti ramai yang marah sebab usik peribadi dia. Satu benda yang aku sendiri pun akan marah kalau orang usik peribadi aku.

Tapi beb, seseorang yang melakukan jenayah tidak boleh menggunakan alasan pergi umrah dan haji bagi membuktikan bahawa dia ialah bersih dan alim. Ini salah. Haji ataupun umrah bukan alat or excuse. Andai dia berada di pihak yang benar bagi fakta, bagi dokumen, bagi hujah defend dan bersihkan diri dia. Baru betul.

Walaupun aku tidak suka main peribadi orang tapi dalam situasi neh dia sendiri yang sengaja biar orang usik peribadi dia. Apatah lagi dia sempat bagi jawapan tongong. Lihat anak panah. Dia boleh cakap ini asam garam dalam dunia politik. Asam garam waklue!

Ini pasal duit. Duit yang terbabit bukan makan ribu tapi juta. Itupun bukan isu. Isu sebenarnya ialah dia sebagai seorang menteri sememangnya tidak pernah sampai bila2 pun boleh layak mendapat projek neh waima guna nama laki dia or anak dia sekalipun. Dia patut faham law neh. Neh basic sahaja beb.

Aku dah jelaskan banyak kali kenapa dan mengapa dia tak boleh layak. Dia neh memang keras ahti. Dia memang jenis spesis yang tak faham bahasa. Ataupun lebih tepat seorang penjenayah yang tahu dia melakukan jenayah tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sedang melakukan jenayah sebaliknya memaksa orang lain menerima jenayah yang dia lakukan adalah perkara biasa dan normal.

PAC sendiri pun menjelaskan [lihat sini] bahawa NFC mempunyai masalah penyelewengan yang sangat serius. Mereka ubah matlamat [goal / sasaran] bila gagal capai apa yang telah dimuktamadkan sebelum neh. Aku pernah bagitau dulu, menjelang tahun 2015, nfc patut proses 60,000 ribu lembu setahun, tapi matlamat itu di ubah kepada 60,000 ribu ekor lembu harus di hasilkan menjelang 2015. Faham tak? 

Meh tengok sini ;

Target asal ==> 60,000 ekor setahun menjelang 2015. = tahun demi tahun bilangan proses lembu patut meningkat. Contoh tahun pertama proses 12k, tahun kedua kena up lagi, 22k, tahun ketiga 33k dan begitulah seterusnya sehingga kita berjaya produce 60k setahun bagi menampung permintaan, keperluan, eksport dan menghasilkan pendapatan untuk negara dan rakyat.

Target di ubah ==> 60,000 ekor lembu sehingga 2015. = tahun demi tahun tak kesahlah berapa nak proses lembu jadi menjelang 2015 lembu yang telah dihasilkan mestilah 60,000 ekor jumlahnya.

Heyyyy.. 

Lue sendiri gagal achieve gol, lue lah yang salah bhai. Lue kasi keluar lah dari ini perjanjian. Apa pasal pula negara kena akur dengan kelemahan lue dan ubah sasaran pula? Faham tak?

Haizhh.. dah lah .. sakit ahti siot bercakap pasal isu nfc neh. Bukti dah bagi, fakta dah sebar, tinggal lagi korang kena analisis dan faham betul2 apa sebab isu nfc neh kita kena hentam kerajaan habis habisan. Marah aku, marah aku. Marah ko, aku tak boleh nak tentukan. Sebab tue disuggest pergi baca dan fahami fakta nfc neh. Supaya korang leh boleh faham apa sebab isu neh patut diselongkar habis-habisan.

Janganlah biarkan diri dipijak oleh pemimpin yang rakus. Dalam isu penyelewengan sepatutnya rakyat sesama rakyat kena sama2 bersatu tegur pemimpin yang salah guna kuasa. Tapi dalam isu nfc aku lihat ramai penyokong umno jadi buta ahti membela penyelewengan pemimpin mereka.  Hairan.

Nota : Jangan balas hujah dengan pongpang meroyan pasal nik aziz syiah ka, pas bela kafir ka, apa ka. Kalau nak meroyan sangat, boleh. Sila lah bunuh diri sendiri sekarang juga. Sekian.

Ameno : Orang gila makin banyak.  Save malaysia.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...