Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Disember 2011

Fernandes lancar perang ke atas MAHB atas kenaikan cukai penumpang 28%!


Aku suka bila TF [TonyFerdanez] cakap macam neh ;


“To all Malaysians. AirAsia has made flying affordable for all. Before it was just for the rich. We won’t allow Malaysia Airports to keep wasting money and increase charges for you. We will fight. Our campaign starts tomorrow,”

Translate ;

"Kepada semua rakyat Malaysia. AirAsia telah menyediakan perkhidmatan penerbangan yang berpatutan untuk semua. Sebelum ini, ia hanya untuk orang2 kaya. Kita tidak akan membenarkan Malaysia Airports untuk terus membazirkan wang dan meningkatkan [menuntut] caj dari anda. Kita akan melawan. Kempen kita bermula esok, ".

Betul lah tue apa yang dikatakan oleh TF. Aku ingat dulu time aku study, aku kenal budak dari sabah. Dia ulang alik pada asalnya naik MAS time cuti. Tapi sejak AirAsia buat penerbangan ke sabah [time tue AirAsia masih baru kot, aku pun tak berapa faham sangat] dia ulang alik naik AirAsia jek. Jimat bukan setakat rm10-20 beb. Jimat makan ratus. Sapa tak seronok? Bukan orang2 kaya jek perlu guna perkhidmatan kapal terbang neh. 

Ramai orang perlu guna atas faktor jarak yang dipisahkan dengan laluan yang tidak boleh dimasuki dengan kenderaan lain + masa yang terhad.  Jadi kewujudan AirAsia pada ketika itu memang menyeronokkan orang2 yang sebegini, yang sentiasa risau akan tambang kapal terbang yang sangat2 mahal ketika itu [MAS]. 

Yang peliknya, MAS dah larh charge mahal tapi sentiasa rugi. Daripada AirAsia yang charge murah tapi dari tahun ke tahun untung. Jadi macam mana orang tak marah dan bandingkan AirAsia dengan MAS? Betul tak?

Tapi berbalik pada isu pokok, TF sekarang sedang lancarkan kempen anti kenaikan cukai. Cukai neh akan dikenakan kepada para pengguna perkhidmatan kapal terbang. Di bawah neh aku susun sikit supaya korang senang faham apa sebab masalah neh akan membebankan rakyat yang menggunakan perkhidmatan kapal terbang.

kenaikan cukai penumpang = dikenakan kepada setiap penumpang yang menggunakan kapal terbang = di caj ketika korang beli tiket kapal terbang = jumlah kenaikan ialah 28%.

Kenaikan cukai pendaratan = 18%. Yang neh aku tak sure dikenakan kepada siapa, tapi aku rasa ini dikenakan kepada syarikat2 yang menyediakan perkhidmatan penerbangan.

Kenaikan cukai parking [tempat letak] kapal terbang = 9%. Yang neh pun aku rasa dicaj kepada penyedia perkhidmatan penerbangan.

Cukai asal yang perlu di bayar oleh penumpang sebelum neh ialah ;

Naik dari pulau pinang, kuching dan langkawi = rm51 cukai asal yang dibayar penumpang akan menjadi rm65. [cukai yang baru]. 

Pampasan yang dibayar oleh kerajaan kepada MAHB akan dihentikan sebab telah mencapai caj cukai yang dipersetujui [buat masa ini]. Sebelum tahun 2014, kerajaan dan MAHB [GLC = syarikat berkaitan kerajaan juga] telah bersetuju bahawa andai cukai yang dikenakan terhadap penumpang tidak mencapai rm65 [maksima] per penumpang, maka kerajaan kena bayar pampasan kepada MAHB atas perkara tersebut.

Tapi sekarang baru tahun 2011, dan kerajaan dah bagi greenlight [kementerian pengangkutan] kepada MAHB untuk naikkan caj [cukai] penumpang so, pampasan kerajaan ke atas MAHB akan dihentikan. Kajian mengenai tarifan cukai baru akan dibuat pada tahun 2014. 

Naik dari kota kinabalu dan klia [lcct] = Dari rm25 kepada rm32. 

Semua caj neh hanya tertakluk kepada penerbangan antarabangsa. Tak pasti samada ia untuk tambang pergi dan balik atau apa. Tapi aku sedikit pelik. MAHB ialah GLC. Dasar yang ditentukan dalam MAHB sedikit sebanyak ada pengaruh dari kerajaan. Macam mana kerajaan dan MAHB [GLC] menetapkan kadar cukai sebelum neh? Tidak boleh ke kalau kerajaan just tetapkan cukai pada tahap tertentu dan tidak perlu bayar apa2 pampasan? 

Kenapa nak tetapkan cukai dan bayar pampasan itu neh? Aku neh siyes tak faham, macam mana kerajaan mengrulingkan malaysia neh? Apahal dah ada cukai, then bayar pampasan lagi? Kerja bodoh seme neh weh.

Contohnya macam neh. Pada awalnya cukai yang dipersetujui ialah rm51. Okey. So bayar je lah cukai pada MAHB. Then apahal kerajaan pun kena bayar pampasan pada MAHB? Sedangkan MAHB pun kerajaan punya juga. Andai mereka perlu tambah dua tiga tahun untuk perolehi untung, aku rasa itu boleh dipertimbangkan lagi. Daripada kerajaan susah payah keluarkan pampasan then apa ? Kalau balik modal cepat pun then apa? Aphal nak meniaga pun asyik kena feed jek?

Faham tak? Aku rasa penyokong2 pr banyak yang faham dan cerdik. Tak perlu lah nak hurai lanjut pasal neh. Tinggal lagi penyokong2 umno. Aku ucapkan goodluck larh pada korang. Moga2 korang faham lah apa yang aku cuba nak sampaikan disini. Heh

Selain dari cukai, MAHB juga akan kenakan levi rm7. Yang neh dikenakan kepada siapa dan macam mana aku pun not sure. Dari apa yang difahamkan, tindakan MAHB menaikkan kadar cukai yang tinggi adalah disebabkan peningkatan kos pembinaan lapangan terbang KLIA2 yang mendadak, daripada rm2billion kepada rm3.9billion.

Bagi menampung perkara tersebut, maka kenaikan cukai dipersetujui. Sedangkan ketika usul pembinaan KLIA2 sedang diperbincangkan, kerajaan [menerusi MAHB] pernah memberikan jaminan bahawa tiada apa2 kenaikan cukai akan berlaku akibat daripada pembinaan KLIA2 neh. Tapi nampaknya janji tinggal janji. Heh.

Pandangan aku dalam isu neh ialah begini. MAHB = glc = kerajaan punya. Kenaikan kos pembinaan KLIA2 ada kaitan dengan masalah pengurusan dari kerajaan [MAHB] juga. Cukai pun dikenakan dari kerajaan [BN] dan pergi kepada kerajaan [MAHB]. Pampasan yang dibayar pun dari kerajaan[BN] pergi kepada kerajaan [MAHB] gak. 

Senang cakap yang buat masalah neh seme ialah kerajaan. Jadi, untuk hapuskan masalah neh ialah kena keluar / jauhkan diri dari kerajaan [BN]. Pandai2 lah undi apa sahaja asal bukan bn. Kalau tidak siap sedia lah cukai sana sini weh. 

Untuk rekod MAHB cakap alasan kenaikan cukai neh ialah "cukai di malaysia lebih rendah berbanding cukai di negara serantau". Heh. Phetatic.

Ameno : Cukai je memanjang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...