Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 November 2011

Ketua AMK disaran masuk longkang.

Elok lah pun. Sesuai sangat. Jangan salahkan orang yang sarankan dia masuk longkang sebaliknya salahkan diri sendiri sebab bertindak bodoh padahal dia ialah seorang ketua. Aku ingat dulu time aku kutuk keras sekeras kerasnya tindakan AMK [di bawah arahan shamsul] dan UMNO yang bergadoh bagai rak di dalam masjid atas isu sumpah eskay.

Masa tue toksah cakaplah berbakol2 manusia totok AMK yang maki aku bagai. Peh. Tabik. Label boleh menghalalkan cara. Bila umno buat, ia confirm salah tapi bila AMK buat ia boleh jadi halal. Benda neh dah lumrah dalam politik Malaysia. Dah ada banyak contoh kes. Tapi itu bukan agenda utama disini. Agenda utama disini ialah menyarankan Ketua AMK masuk longkang. Heh.

Bukan mudah nak jadi seorang ketua. Tapi bila dah jadi seorang ketua kenalah berakhlak sebagaimana seorang ketua patut berakhlak. Jangan mempersoalkan orang yang mempersoalkan ketua. Ada sebab kenapa seseorang itu tidak menjadi ketua. Posisi terbaik dia ialah menegur maka itulah yang dia buat. Jika seorang ketua rasa posisi terbaik dia ialah mengetuai satu2 kepimpinan, maka silalah pergi kepada perkara tersebut. Jangan merepek dan melalut tak tentu pasal.

Ketua AMK yang bernama shamsul neh sudah memasuki frasa merepek.Eloklah bagi dia ubat cepat2 sebelum frasa merepek bertukar menjadi frasa nyanyuk. Isunya mudah. Dia tak seharusnya pandai2 mengeluarkan statement bahawa bersih 3 akan berlaku andai dsai dipenjarakan. Ini akan melahirkan persepsi bahawa ;

bersih 3 = dsai ke penjara = perjuangan bersih 3 untuk pertahankan dsai.

Gila ke apa? Sapa pula yang sanggup buang duit segala bagai untuk berdemo di atas jalan demi dsai? Okey.. katakanlah mungkin ada. Tapi aku tiada minat untuk berbuat demikian. Kenapa? Mudah sahaja. Daripada aku sibuk bergolek atas jalanraya demi dsai lebih baik aku berdemo tentang sesuatu yang boleh memperbaiki kehidupan aku. PR takan mampos walaupun DSAI takde. So usahlah membodek bagai.

Di zaman yang serba membebankan neh, elok lah jangan pentingkan diri sendiri. Hidup kena belajar realistik. Hidup pun kena pandai guna akal strategik. Lebih baik kerahkan tenaga untuk jatuhkan bn dari pimpinan berbanding demo pasal dsai. Bila bien jatuh, itukan bererti dsai bebas.

Dasar2 dan polisi2 dalam kerajaan sekarang neh moderate tetapi tidak diutilizekan sepenuhnya. Maksudnya dasar cantik tapi tukang pelaksana corrupt. Dengan berdemo di atas jalanraya andai dsai dipenjarakan adalah membuang masa semata2. Apatah lagi menggunakan medium seperti bersih. Ini ialah salahguna perjuangan. Bersih ialah untuk menuntut pilihanraya yang adil. Bukan untuk menuntut pembebasan dsai [andai dipenjarakan]. 

Jika shamsul mahu berdemo, maka silalah berdemo tanpa membabitkan bersih. Ini perlu kerana kita tidak mahu timbul salah faham dan tuduhan dari kerajaan bahawa bersih ialah alat pembangkang untuk melakukan demo itu ini.

Perkara yang sama juga merujuk kepada statement shamsul bahawa kerajaan perlu gubal undang2 bagi memastikan hanya orang melayu je boleh pimpin Malaysia. Mahathir sudah membuktikan bahawa seseorang yang berdarah india pun boleh jadi PM. So apa masalahnya si shamsul neh pongpang pasal isu bangsa? 

Sepatutnya shamsul pongpang tentang islam. Minta umno gubal perlembagaan hanya orang islam yang beriman dan bertaqwa jek boleh pimpin Malaysia. Ini perlu kerana seorang pemimpin yang bertaqwa dan beriman kepada Allah swt tidak akan menyakiti orang lain tak kira samada muslim ataupun bukan islam. Tetapi seorang pemimpin melayu belum tentu.

Sudah sampai masanya untuk orang islam di dalam parti PKR membuktikan bahawa Islam melindungi semua termasuklah hak2 kaum bukan islam. Sudah sampai masanya untuk orang islam di dalam PKR bersikap sebagaimana orang islam patut buat dari dulu lagi. Nampaknya shamsul hanya mampu bersikap seperti seorang melayu-umno. 

Sepatutnya orang islam dalam PKR gunakan label islam mereka untuk menerangkan apa itu islam sebagaimana pas buat dengan ahli2 bukan islam.  Tak boleh? Hanya pas jek layak? Atau hanya pas je yang wajib? Heh. 

Nota : Sama2 doakan agar shamsul kembali sembuh dari virus umno. 
Respon dari sini dan sini.

Ameno : Ingatlah apabila kita menerangkan apa itu islam kepada orang bukan islam, itu bukan bererti kita sedang memujuk mereka masuk islam sebaliknya kita sedang mengajar mereka tentang sistem islam. Islam juga ialah satu sistem sebagaimana sistem kapitalis, komunis, sosialis dan etc. Adakah apabila kita belajar pasal kapitalis, tiba2 kita tukar agama? Tidak. Jadi, betulkan salah faham terbesar neh dikalangan umat bukan islam supaya mereka faham apa itu islam

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...