Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 24 November 2011

Belanja PRU-13 RM300JUTA.

Peh.

RM300juta tue weh. 

Banyak siot. Baca bawah neh ;

Perbelanjaan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dijangka meningkat sebanyak RM100 juta berbanding pilihan raya umum lalu berikutan pertambahan bilangan pengundi dan kos-kos pembaikan bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya menganggarkan sejumlah RM300 juta diperuntukkan pada bajet pilihan raya kali ini berbanding RM200 juta dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menurutnya, selain pertambahan bilangan pemilih, faktor lain yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah bajet pilihan raya kali ini adalah seperti penyediaan peralatan proses pilihan raya antaranya kotak undi, penindik dan kenderaan.

"Jangkaan kasar RM300 juta hanya jika pilihan raya diadakan serentak. Sekiranya ada negeri yang mahu pilihan raya dijalankan berasingan, sudah tentu jumlahnya melebihi RM300 juta. SPR cadangkan biarlah ia diadakan serentak kerana lebih menjimatkan," katanya selepas Taklimat Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus (PRU13) Melaka hari ini.

Selain itu kata beliau, proses undi pos turut mempengaruhi pertambahan bajet pilihan raya kerana pelaksanaannya melibatkan kos yang tinggi.

"Saya dimaklumkan untuk hantar dan dapatkan balik undi pos bagi seorang pemilih di luar negara memerlukan belanja sekurang-kurangnya AS$10 seorang," katanya. -UM-

Korang fikir tak apa yang aku fikir? Good. Simpan dulu dalam otak masing2. Sekarang elok kita cari bukti bagi membuktikan pemikiran kita adalah realistik.

kah kah kah

Ameno : SPR pun pandai rupanya.. muahahaha..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...