Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 November 2011

Lagi Sekolah daif ditemui, umno taknak bagi bantuan ka?

Aku baru2 neh ada pergi majlis penyampaian prestasi kanak2 PASTI di teluk intan yang juga diadakan di salah sebuah sekolah agama di bawah PAS yang bernama Al-Munir. Ada banyak gambar2 yang aku tangkap tapi aku plan nak tunjukkan tiga jek. 

Lihat bawah neh ;



  
Daif. 

Ini yang aku fikir bila tengok keadaan sekolah neh. Aku dapat tahu sekolah neh dibina dengan keringat + airmata + perjuangan + kesungguhan ahli2 pas. Sekolah neh antara yang layak mendapat bantuan dari kerajaan pakatan rakyat perak sebelum si zambry tue merampas perak dan membatalkan semua peruntukkan untuk sekolah2 agama atas alasan apa aku kurang pasti.

Bangunan sekolah neh dibina sedikit demi sedikit. Gaji2 guru sekolah pun biasa2 jek. Dorang boleh dapat gaji yang lebih baik andai berkerja di bawah kerajaan. Kenapa nak susah payah mengajar pelajar2 di sekolah daif neh?

Kelengkapan apa pun takde. Aku tak nampak pula perpustakaan sekolah neh [minta maaf, kalau ada]. Padang pun aku tak perasan [minta maaf, kalau ada]. Pendek kata sekolah neh tak nampak macam sekolah yang sepatutnya sekolah. Tapi disebalik kekurangan sekolah2 neh, pelajar2 yang amek UPSR, semuanya kategori cemerlang. 

Kagum. 

Tapi kenapa ek kerajaan taknak bantu sekolah2 macam neh? Bukanlah mengharap sangat pada bantuan kerajaan semata2 tapi at least bantulah menyumbang kepada pendidikan anak2 islam. Umno sudah tentu akan bagi alasan2 yang bodoh bagi menegakkan pendirian mereka tapi dont worry. Aku dah prepared dengan jawapan yang benar + tepat dan sarat dengan fakta.  

UMNO : Sekolah2 agama neh semua hanya pandai mengutuk kerajaan. Padan muka sebab tak dapat bantuan.

Penjelasan : Korang dikutuk sebab memang layak dikutuk. Mudah. Kenapa sibuk pongpang pasal berjudi tue haram walhal sendiri melabur dalam syarikat judi? Bila orang nasihat, korang lawan. Bila orang bantah, korang tangkap. Bila orang berjuang, korang fitnah. So sapa yang redha dengan kezaliman macam tue? 

Contoh ;

Ali dan abu berkawan. Ali orang yang suka berjudi. Abu nasihatkan ali, hey ali jangan judi. Judi itu haram. Nanti awak berdosa. Kepala hotak ko larh, aku punya pasal lah nak buat apa pun yang ko sibuk kenapa? balas ali. Tapi bila awak kalah, awak curi duit saya. Itu dah melibatkan saya. Marah abu. Ada aku kesah? Balas ali. Awak buat jahat pada saya dan saya kena redha + sabar jek, tanya abu? Ya, betul, kalau tidak nanti aku bunuh ko, ugut ali.

Ali = UMNO.
Abu = PAS.

UMNO = Pihak yang membuat kemungkaran.

PAS = Pihak yang membanteras kemungkaran.

Jadi, bagi menghentikan cakap2 orang ramai berhubung dasar2 kerajaan, kerajaan sendiri lah kena ubah polisi2 yang mempermainkan hukum Allah swt. Mudah jek.

UMNO : Bagi bantuan buat apa? Usahalah sendiri cari duit. Sekolah cina elok jek dapat bantuan.

Penjelasan : Memang sedang usaha sendiri cari duit. Tapi janganlah menambahkan lagi kesengsaraan para pejuang. Barang naik + fitnah dari kerajaan lagi + susah dapat kelulusan + sering ditindas = menyukarkan para2 cikgu yang berusaha sehabis baik untuk kumpul peruntukkkan bagi menambahbaik sistem pembelajaran sekolah agama.

Contoh ;

Abu suka mempromosikan amalan menutup aurat. Ali pula gemar mempromosikan amalan membuka aurat. Abu pergi dari satu rumah ke rumah edar risalah kepentingan umat islam dalam menjaga aurat. Ali pula gunakan tv/media massa/paper yang boleh dibeli di mana2 sahaja tanpa sekatan bagi mempromosikan amalan membuka aurat. Abu seringkali meminta derma ikhlas bagi meneruskan perjuangan, di samping mencari modal untuk berbisnes bagi menyara kehidupan sendiri. 

Abu pula sering mendapat bantuan/tajaan dari hasil kutipan cukai yang diraih oleh kerajaan melalui rakyat tanpa perlu susah payah fikir dari mana nak cari wang so focus untuk menghasut umat islam buka aurat akan menjadi lebih tersusun. Bila dakwah abu mendapat sambutan, ali report dan abu akhirnya difitnah sebagai penyebar ajaran sesat.

UMNO = Menyediakan sekolah kebangsaan [berasaskan sistem penjajah] = mempromosikan sistem pendidikan haprak di semua jenis agensi = memberikan peruntukkan = wajib menuhankan kerajaan.

PAS = Menyediakan sekolah agama = mempromosikan cara hidup islam sebenar = mencari peruntukkan sendiri = wajib menuhan Allah swt.

Sekolah2 kebangsaan neh boleh hidup melata sebab senang nak buat apa2 pun. Asalkan depa ikut kemahuan / telunjuk kerajaan. Sekolah2 agama pula terkongkong dan terhad. Ada peraturan2 bodoh dari kerajaan yang dorang kena ikut.

Dorang boleh ka masuk tv untuk iklan supaya lebih ramai yang tampil ke depan [hantar anak ke sekolah agama] dan membantu? Tak boleh. 

Ko suruh orang hidup sendiri, usaha sendiri tapi dalam masa yang sama ko sekat + kongkong perjalanan usaha orang lain. Kan salah macam tue? Kutuk sekolah agama sebagai penyebar terorist? Kutuk sekolah agama sebagai melahirkan murid2 yang suka minta sedekah. Kutuk sekolah2 agama sebagai penyebar ajaran sesat. Dan macam2 lagi tohmahan kerajaan ke atas sekolah agama.

Benda neh simple sahaja. Kalau kerajaan bagi dana + tidak memesongkan ajaran islam sebenar, tak payah kerajaan suruh, kami sendiri redha 100% taat kepada kerajaan. Jadi kacau bilau sebab kerajaan sendiri bersikap kacau bilau. Itu jek.

Lepas tue pongpang banding dengan sekolah cina. Sekolah cina tue depa tak kena fitnah macam umno fitnah pas. Sekolah2 cina tue walaupun yuran depa mahal, tapi mak bapak dorang mampu. Orang melayu neh bukan seme mampu nak hantar anak dia belajar agama pandai2. 

Kenapa kerajaan nak susahkan perjalanan orang islam mendekati ilmu islam walhal dorang cakap berapi2 dorang pejuang islam? Sepatutnya depa permudahkan lagi ilmu2 islam. Di sekolah, di masjid dan sebagainya tanpa ada sekatan. 

Sekolah kebangsaan antara penyebab murtad. Ajar budak2 sambut semua perayaan bagai [termasuk aku]. Sambut krismas, valentine, apa lagi yang aku tak pernah?[bukan merujuk pada semua sekolah kebangsaan]. Seme pernah. Celaka betul. Mana aku tahu time tue. 

Harap jek sekolah ramai guru islam tapi sorang jek ustazah yang tegur. Itupun ustazah pas. Lepas tue pendidikan islam yang tah hapa2 tah pembelajaran depa. Aku rasa kelakar gile bila fikir2 balik. Patutlah aku kena sekolah belajar agama balik sekarang. Mana taknya, belajar agama di sekolah kebangsaan macam belajar sejarah. Bodoh nak mampos punya kerajaan.

Nak belajar agama lebih dalam, kena ongkos. Kalau dapat pada mak bapa yang mampu takpe. Cuba kena pada keluarga yang miskin [contoh : aku sendiri] kan dah menyusahkan rakyat macam aku. Mana nak cari duit lagi, mana nak bayar itu neh lagi, last2 pendidikan agama ditinggalkan sebab tak mampu.
 

Bila orang islam, tinggalkan islam atas alasan nak mendalami islam perlukan wang yang banyak, maka lahirlah umat2 islam yang tidak berilmu. Bila tiada ilmu bagaimana mao lahirkan iman? Bila tiada iman bagaimana nak jadi hamba Allah swt yang soleh dan menuruti perintahnya? Akibatnya? Tengoklah akidah umat islam malaysia melalui cermin. Ko tahu lah jawapan nya nanti. Heh.

Pendek kata, apa yang berlaku hari neh pada sekolah2 agama adalah salah umno 100%. Dulu begitu, hari neh juga begitu tapi kita harapkan akan datang minta2lah jangan kekal begitu lagi. Umno bukan sekali bunuh orang islam dengan memesongkan ajaran islam yang sebenar. Banyak kali dan ia masih lagi berterusan hingga ke hari neh.
 

Tapi kalau sungguh umno nak berubah, pintu taubat masih ada. Masih terbuka luas. Bagi bantuan pada sekolah2 agama, bantu pas kembangkan syiar islam, bantu anak2 PASTI, bantu kembalikan islam sebenar di malaysia. Tak perlu duduk dalam satu parti yang sama untuk memperjuangkan islam sebab after all, kita dah ada persamaan yang lebih besar dan rapat dari itu, iaitu akidah.

Ameno : Jika korang berminat nak bantu sekolah AlMunir neh sila contact pengetua PASTI teluk intan. Sorry, aku takde info dia sekarang. Nanti aku cari dan letakkan disini. TQ

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...