Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 November 2011

Laki Shahrizat kata beli kondo keputusan bijak.

Bodoh!


Bukan kata pada laki shahrizat. Laki shahrizat memang bijak + cerdik. Memang beli kondo guna duit pinjaman adalah satu keputusan yang bijak bagi dia dan syarikat dia. Tapi keputusan neh membuktikan bahawa kerajaan bn bodoh nak mampos. Ya. Bodoh nak mampos.

Bodoh sebab dia bagi pinjaman untuk orang lain buat pelaburan sedangkan kerajaan sendiri pun berlambak2 hutang + pelaburan yang tergantung + tanggungan. Jika NFC boleh melabur guna duit pinjaman dan dapat untung, bukan kah lebih baik jika kerajaan sendiri yang melabur dan untung? Yang mana hasil keuntungan tersebut boleh berbalik kepada rakyat semula?

Dah tahu fasilitis tak lengkap tapi still bagi pinjaman penuh? Bukan kah itu bukti kerajaan bn memang bodoh nak mampos? Mereka bagi alasan kekangan kewangan sebagai faktor utama projek tertangguh tapi masih ada wang untuk bagi nfc melabur kumpul kekayaan? 

Waahh.. 

aku..  tabik.

Kenapa tidak saja gunakan wang tersebut bina dulu fasilitis yang perlu bagi memastikan projek neh terus berjalan? Aku bukan pakar ekonomi tapi benda neh bukan susah nak fikir pun. Tak perlu ada master pasal ekonomi pun boleh fikir. Apakah aku neh diperintah oleh orang2 yang dungu? Owh.. jangan jawab. Aku bukan bagi soklan. 

Satu lagi yang kerajaan tak faham2 lagi pasal isu neh ialah tentang shahrizat. Isu kerugian + kebodohan kerajaan dalam pinjaman kepada nfc ialah satu disaster kepada rakyat. Tapi yang lebih disaster lagi bilamana kerajaan tak faham bahawa shahrizat sebagai menteri sampai bila2 pun dia tak pernah boleh layak dapat projek neh sebab kaitan dia dengan kerajaan. 

Dia bukan orang biasa macam ko dan aku. Dia menteri, dia senator, dia ketua wanita umno. Walaupun mungkin benar dia dapat projek neh dengan telus [sangka baik] tapi soal dia ada jawatan dengan kerajaan bukan soal remeh. 

Jika hari neh seorang menteri boleh dapat projek bagaimana pula dengan menteri2 lain? Sudah tentu menteri2 lain fikir owhh aku pun nak projek gak. Mana aci shahrizat je ada restoran mewah. Aku pun mao. Aku pun mao. Maka berlumba2 lah menteri suruh mak bapak adik abang kakak makcik pakcik buka syarikat untuk rebut tender kerajaan.

Dan bila itu berlaku maka menteri a bagitau menteri b weh.. sedara aku apply tender, approve lah geng. Okey2, aku approve, neh makcik aku apply tender bawah kementerian hang.. approve leh? Okey2.. aku approve gak. 

Inilah yang kita cakap tak betul sebab menimbulkan conflict of interest.  Ini yang kita maksudkan disini. Bukan pasal shahrizat, bukan pasal bumiputera, bukan pasal nfc, bukan pasal bn, bukan pasal umno, bukan pasal pr tapi pasal timbul pertikaian dalam kepentingan konflik. Yang neh, ramai orang tak faham. 

Rugi adalah satu masalah besar. Tapi rugi, kita boleh repair sebab kita ada akal. Yang membuatkan kita sukar nak berfikir dengan baik bilamana tangan kanan kita kena memotong tangan kiri kita kerana mencuri. Yang neh kita tak boleh repair sebab tiada mana2 manusia pun sanggup potong tangan sendiri melainkan, kita yang potongkan untuk mereka. Sekian.

Ameno : Tolong bodoh sorang2. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...