Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 November 2011

Isu songlap duit tabung haji : Zahid Hamidi tolong jawab!





Ketika PRU-12 = 2008 dulu.. aku banyak sangat dengar orang2 perak kutuk zahid hamidi. Masa tue aku tak faham kenapa. Dan masa tue aku pun baru berjinak2 nak pergi ceramah politik. Seme ceramah politik tak kira parti yang dekat2 aku balon walaupun sorang2 [pergi tanpa teman].


Hasil dari percampuran tue le aku kenal pakcik2, makcik2, atuk2, nenek2  [ <-- nenek pun pergi ceramah politik pr [ketika itu parti pembangkang] weh.. walaupun berkerusi roda.. peh salute! ] dan bila bersembang2 dengan depa aku rasa macam boleh memahami pemikiran pelbagai generasi. So sejak tue baru lah aku macam ada minat nak tahu pasal politik. Sebelum tue haram. Aku sayang gile kat mahathir. Tapi rupanya Nik Aziz bukan sejuta tapi berbillion2 lebih baik dari Mahathir.  

Aku walaupun tak berapa gemar kat mahathir macam dulu tapi  respect tetap ada le. Cuma sekarang dah pandai beza antara fitnah utusan dengan fakta. Sebab tue kalau nak ubah mentaliti anak muda kita kena galakkan depa pergi ceramah politik yang dihadiri oleh tokoh2 yang relevant.  

Even dsai berucap pun aku tak makan [masuk dalam kepala hotak] masa tue. Aku start tertarik dengan pr bila tengok pemimpin pas berucap. Dan lebih tertarik bila kenal TGNA. Dan bertambah2 tertarik bila tengok saifuddin nasution. So dari situ lah pemikiran, pandangan, mentaliti aku pasal politik dan pasal pr [ketika itu parti pembangkang] berubah.

Takde sapa2 suruh aku berubah. Tapi aku tengok fakta depan mata dan kaji sendiri. Dan sambung balik pasal zahid hamidi tadi. Aku kan duduk perak. Dan dekat pula dengan kawasan dia. Dan aku tak faham kenapa rata2 orang sini tak suka dia tapi dia masih menang? Siyes aku cakap neh. 

Dia datang berceramah pun orang kutuk2. Aku dengar orang cakap dia main tipu. Yang tue aku tak berani tuduh sebab takde bukti. Tapi orang2 sini [perak ; bagan datoh] benci dia. Aku tak berapa nak benci dia melainkan benci pasal dia umno + bn = parti pengsonglap duit rakyat. 

Contoh terbaru kes email yang tersebar di beberapa blog di bawah neh. Neh sebaran email. Boleh percaya, boleh tak percaya tapi jangan sekat apa yang dia nak sampaikan kalaupun korang dipihak yang tak suka. Dan apa yang dia tulis neh belum tentu fakta. Itu je. 

Baca luahan dia ;

By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian -asd-

Ada baiknya zahid jawab isu neh. Aku pun nak tengok jawapan dia. Betul ka tak betul tuduhan di atas neh.


Ameno : Enjit jet hilang apa citer sambungan dia? Hhahaha..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...