Sapa yang tengok berita tv3 hari tue mesti tahu pasal kenyataan bodoh TPM bahawa shahrizat tidak terlibat dalam skandal NFC. Baca sini
Dan di bawah neh antara petikan berita online ;
"Beliau (Bung Moktar) tidak mengatakan Shahrizat secara langsung
terlibat sebab ini adalah soal bisnes yang dikendalikan oleh
keluarganya, tetapi beliau tidak terlibat," kata Muhyiddin kepada
pemberita hari ini.
Kepala hotak kau.
1- Pada tahun 2008 (di awal penubuhan), NFC membayar perbelanjaan Dato’
Seri Shahrizat Jalil sebanyak RM26,400… Jika benar isu NFC tidak ada
kena mengena dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sewajarnya beliau
langsung tidak ada urusan dengan syarikat ini apatah lagi menggunakan
wang NFC untuk membayar perbelanjaan beliau.
2- NFC membayar
sejumlah RM398,640 kepada Dato’ Dr Mohamad Salleh Ismail dan Wan
Shahinur Izran Mohamad Salleh dalam tahun 2009 sebagai bayaran sewa
pejabat NFC di Mont Kiara…. Tindakan menggunakan wang NFC dari dana
RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC perlu juga
dijawab oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
3-NFC mendermakan
lembu-lembu yang dibiayai dengan wang rakyat kepada YB Dato’ Shaziman
Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan YB Yunus pada 30
November 2009 bernilai RM2,640.93…. Kalau isu yang serupa menyebabkan
SPRM menyiasat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini, SPRM juga perlu
tangkas menyiasat NFC, YB Dato’ Shaziman Mansor dan YB Yunus kerana
mendapat lembu yang dibiayai rakyat.
4-NFC juga menjual lembu
secara hutang kepada pimpinan Umno seperti YB Dato’ Seri Zulhasnan
Rafique bernilai RM70,000 dalam tahun 2008, yang hanya dibayar dalam
tahun 2009.
Kesemua di atas ialah antara PC yang disediakan oleh saifuddin nasution. Baca sini petikan penuh.
Sekarang neh apa yang kita kena faham betul2 berhubung skandal neh ialah ;
1. Seluruh jentera umno melindungi shahrizat.
2. Kenapa itu berlaku?
3. Siapakah shahrizat neh? Penting sangat ke dia? Kalau dah memang dia menyeleweng [duit dan kuasa] kenapa tak singkir dan hukum je?
Mudah.
PAKLAH + KJ + MUHYIDDIN YASIN + NAJIB RAZAK = DI BELAKANG SHAHRIZAT.
Jatuh shahrizat, jatuh mereka. Shahrizat takan nak jatuh sorang2 melainkan ada tawaran hebat yang menanti dia. Dan rakyat bukan bodoh2 nak lepaskan shahrizat sewenang2nya. Kami nak shahrizat letak jawatan + ganti balik rm250juta atau bersedia di penjarakan. Manakala perniagaan2 yang dibina menggunakan dana rakyat kena dipulangkan semula kepada kerajaan [tolak dalam rm250juta yang dia kena ganti tue].
Dan.. kertas siasatan berhubung NFC harus dibuka. Kami nak tahu dengan sejelas-jelasnya peranan kj, paklah, tipiem dan piem berhubung isu neh. Kalau umno + bn takmo buat pun takpe. Ada ramai sukarelawan pr sanggup buat. Isu neh antara isu paling best sekali main kat pilihanraya. Owh.. lupa nak bagitau. Kita orang pun pandai cetak dan edarkan risalah2 di kampung2 taw. Okey bai.
Ameno : tipiem = bodoh piang.