Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 November 2011

Tricubes dilantik ejen kutipan saman trafik

Padan muka.


Bukan padan muka pada tricubes. Tapi pada diri sendiri. Baca bawah neh ;


Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi  setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu.

Ada bagosnya kalau PDRM boleh buat sistem neh sendiri. Lantik je sapa2 yang pandai reka sistem untuk proses kaedah yang lebih sesuai bagi kutip saman. Lebih menjimatkan wang. Lagipun PDRM ada banyak staff yang lebih kerap habiskan masa duduk di office dari buat kerja siasatan.

Tapi takpelah. Kaedah buang duit neh dah jadi adat resam kerajaan. Ahti sakit pasal NFC pun belum hilang, kini kerajaan cabar kita punya kesabaran dengan benda bodoh neh. Phetatic betul larh. Bukan kerajaan, tapi diri sendiri.  Phetatic sebab hidup diperbodoh2kan oleh pemimpin atasan yang celaka nak mampos.

Ameno : Berapa agaknya nilai tender yang dorang dapat? rm50juta dah tentu2 lebur... dapat lagi yang baru.. peh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...