Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Disember 2019

Gara-Gara Menyatakan Hukum Bersumpah, Mufti Dikecam, Nik Abduh Bela Mufti Wilayah.

POLITIK | Politik beginilah. Penyokong taksub akan mengecam mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengannya menggunakan kata-kata kesat dan kemarahan melampau seolah-olahnya tiada ruang perbincangan dan perbezaan pendapat dengan menggunakan budi bahasa yang sopan. 

Ia melibatkan kelakuan semua jenis penyokong taksub berbeza parti. Tiada yang terkecuali pun. 

Kali ini mangsa kecaman penyokong taksub adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mufti WP dikecam kerana membincangkan perihal hukum bersumpah di dalam masjid sejurus selepas Najib bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya yang mati dibunuh dua pegawai polis, Sirul dan Azilah.


Meskipun tidak dinyatakan perbincangan tersebut merujuk kepada tindakan Najib membuat sumpah laknat, tetapi ramai berpandangan kenyataan Mufti WP ada kaitan dengan insiden tersebut, yang seterusnya membuatkan mufti menjadi bahan caci maki masyarakat.




Penyokong Mufti WP, Masri Ramli mempertahankan kenyataan Mufti WP dengan
membuktikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tak pernah bias dalam menyatakan setiap hukum dan pandangannya.

"Screenshot ini adalah hadiah saya kepada cyber trooper politik yang dok sibuk hentam mufti WP dua tiga hari ini.

Sila tengok screenshot dan tarikh ia disiarkan di FB Mufti WP.

BAYAN LINNAS SIRI KE-130 : MANIFESTO DAN JANJI PILIHAN RAYA http://muftiwp.gov.my/…/2383-bayan-linnas-siri-ke-130-manif…

Ia diulang siar pada 29 Disember 2018. Pada tarikh ini, siapa PM? Najib atau Mahathir? Siapa kerajaan? BN atau PH?

Kalau Mufti nak jilat kerajaan, mufti akan keluar kenyataan 'support' kenyataan Mahathir kata 'Manifesto Bukan Kitab Suci'. Tetapi mufti repost balik artikel yang pernah disiarkan sebelum PRU.

Mufti WP pernah keluar kenyataan sokong pindaan akta 355. Waktu siapa perintah, BN ke PH? (Tapi lepas tu tangguhlah, tak jadi apa) http://www.muftiwp.gov.my/…/913-isu-cadangan-pindaan-akta-3…

Mufti Wilayah menyokong hukuman sebat kepada pasangan lesbian di Terengganu. Kerajaan negeri itu PH ke?
http://www.muftiwp.gov.my/…/2616-bayan-linnas-148-polemik-s…

Mufti tidak bersetuju dengan Menteri Agama iaitu Dr Mujahid yang memasukkan memelihara semua agama dalam Maqosid al-Syariah. Baca sini http://muftiwp.gov.my/…/2529-bayan-linnas-142-maqasid-syari… 


Dr. Mujahid tu menteri zaman BN atau PH? Kalau nak jilat, bodek, baik mufti sokong je kenyataan Dr. Mujahid!

Bahkan, Mufti pernah mengeluarkan kenyataan tentang 1MDB sehingga beliau ditohmah sebagai penjlat kerajaan, nak backup PM ketika itu (PM ketika itu siapa, Mahathir ke?)
http://www.muftiwp.gov.my/…/772-bayan-linnas-siri-ke-98-cam…

Apa lagi bukti yang anda mahukan wahai Cyber Trooper Politik?

Adakah anda mahu menjadi sehina anjing yang mengikut sahaja arahan tuan tanpa berfikir baik buruk?

Atau selama ini anda tak ambil kisah pun segala banyak fatwa, bayan lin nas yang mufti keluarkan, atau anda sibuk dengan ahli politik, bossku kesayangan anda, dan anda tak kisah pun pasal hukum-hakam agama, yang penting dapat jadi pengikut yang taat kepada tuannya,"
katanya dalam satu kenyataan.



Kenyataan pembelaan itu kemudiannya disusuli Nik Abduh di akaun Facebooknya.




"Mufti Wilayah Persekutuan adalah antara mufti terbaik yang saya kenali. Ilmunya tinggi. Akhlaknya tinggi. Kesedarannya tinggi. Fatwa dan pandangan beliau adalah demi kebaikan umat. Salah dan silap adalah tanda manusiawi.

Apabila anda memperlekeh para ulamak yang benar, anda memasuki jerat syaitan. Jauhi kecelakaan hidup dengan sentiasa bertaubat kepada Allah,"
katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Sebagai rekod, penyokong pembangkang yang menyerang kenyataan Mufti WP. Lagaknya sama seperti tindakan penyokong DAP yang menghina kematian agamawan. - 27 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...