Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Disember 2019

Empat Pemimpin PH Yang Luluskan Pemansuhan Elaun Kritikal Dikecam Netizens, Anwar Mohon Kaji Semula Tindakan.

POLITIK | Pemain media sosial kini mendedahkan empat nama pemimpin Pakatan Harapan yang berperanan meluluskan pemansuhan elaun kritikal bermula tahun 2020 bagi penjawat awam lantikan baru.

Kesemua pihak tersebut dianggap sebagai tulang belakang yang memainkan peranan besar dalam memansuhkan elaun kritikal -  dimana DAP, menerusi sosok Lim Guan Eng menerima kecaman terbanyak, manakala Tun dan Azmin Ali kedua terbanyak yang dikritik netizens setakat ini. 

Empat pemimpi tersebut ialah;

1. Perdana Menteri - Tun Mahathir Mohammad.
2. Menteri KDN - Muhyiddin Yassin.
3. Menteri Ekonomi - Azmin Ali.
4. Menteri Kewangan - Lim Guan Eng.

Kesemua mereka direkodkan menghadiri mesyuarat tersebut dalam satu kenyataan Twitter yang dibuat oleh  Ketua Setiausaha Negara, Tuan Ismail Haji Bakar.



Keputusan memansuhkan elaun tersebut pula dibawa ke peringkat mesyuarat kabinet seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media JPA bertarikh 26 Disember 2019.

Lihat;

 

Hal ini menjadi perdebatan di sosial media samada Menteri Kesihatan Dr Dzul dan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq menyedari atau tidak menyedari langkah kerajaan memansuhkan elaun kritikal itu.

Ini kerana sejak pemansuhan tersebut didedahkan kepada pihak umum, Syed Saddiq mengambil langkah drastik dengan memulangkan elaun percutiannya dan mendesak agar tindakan tersebut dibatalkan.

Dan Dr Dzul pula berkata pihaknya akan berbincang dengan JPA bagi membawa suara KKM, antara agensi terbesar yang terjejas dengan pemansuhan elaun tersebut bagi pengambilan kakitangan baru.


Dalam perkembangan yang sama, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyeru agar kerajaan mengkaji semula langkah pemansuhan elaun kritikal dan semua pihak perlu kembali kepada meja perbincangan. 

Berdasarkan tinjauan di sosial media, geng perubatan dan kesihatan menentang sekeras-kerasnya tindakan memansuhkan elaun kritikal meskipun ia hanya melibatkan perlantikan baharu. - 27 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...