Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Disember 2019

9 Elaun Dimansuhkan, 8 Digabungkan Dan 63 Ditukar Nama - Pekeliling Perkhidmatan Awam.

SEMASA | Penjawat awam khususnya sedang membincangkan tindakan terbaru kerajaan yang memansuhkan elaun kritikal.

Pihak kami telah menerima dua pekeliling versi PDF pada Ahad, yang mana satu bermukasurat sebanyak 30 dan satu lagi 11 di dalam aplikasi WhatsApp.

Secara ringkasnya dapat kita fahami dalam pekeliling itu ialah, 9 elaun dimansuhkan.

9 elaun itu ialah;

i) Bayaran Insentif Angkat Najis; 

ii) Bayaran Insentif Menaip Jawi; 

iii) Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan; 

iv) Elaun Khas Penolong Pemungut Hasil Tanah;

v) Elaun Operator Generator Elektrik; vi) Elaun Penyelia Bilik Taip; 

vii) Elaun Tilikan Trigonometric Observation; 

viii) Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris; dan 

ix) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal.
Selain itu, 63 elaun yang lainnya ditukar nama tetapi masih mengekalkan kadar yang sama.

Menurut pekeliling itu, elaun-elaun dipinda nama untuk disesuaikan dengan kriteria dan jenis elaun berkenaan. 

Selain itu, pindaan nama dibuat supaya nama elaun lebih jelas menggambarkan fungsi pemberian elaun terbabit dan spesifik kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred-gred tertentu yang menerimanya.





Dan 8 elaun lain digabungkan menjadi dua elaun dengan nama baru.

Pekeliling menyatakan, elaun-elaun yang mempunyai ciri-ciri persamaan termasuklah asas pemberian, skop fungsi tugas yang melayakkan pembayaran elaun, syarat-syarat khusus dan/ atau kadar yang sama digabungkan untuk mengurangkan bilangan elaun yang berkuat kuasa bagi memperkemaskan seliaan elaun-elaun Perkhidmatan Awam di peringkat Agensi Pusat dan jabatan.

"Bayaran Insentif Pasukan Khas adalah merupakan gabungan lima (5) elaun iaitu Bayaran Insentif Rejimen Gerak Khas, Bayaran Insentif Pasukan Khas Tentera Laut, Bayaran Insentif Pasukan Khas Tentera Udara, Bayaran Insentif Pasukan Gerak Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bayaran Insentif Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Pelaksanaan pemberian Bayaran Insentif Pasukan Khas adalah seperti di Lampiran B1; dan

Elaun Rangsum adalah merupakan gabungan tiga (3) elaun iaitu Sajian Tunai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sajian Tunai APMM dan Elaun Rangsum PDRM. Pelaksanaan pemberian Elaun Rangsum adalah seperti di Lampiran B2," kata pekeliling itu. 

Pemansuhan elaun kritikal dijelaskan oleh kerajaan seperti berikut;

Apakah definisi Perkhidmatan Kritikal? 

Perkhidmatan Kritikal didefinisikan sebagai perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh Kerajaan, mempunyai ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatannya sukar dilakukan. 

Mengapakah BIPK dimansuhkan? 

Untuk makluman, BIPK mula diwujudkan semasa pelaksanaan SSB pada tahun 1992. Berdasarkan laporan SSB, Kajian BIPK secara berterusan hendaklah dilaksanakan setiap lima (5) tahun bagi menentukan kewajaran pemberiannya. Dari segi prinsipnya, pemberian BIPK adalah tidak kekal serta boleh ditarik balik apabila skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal.

Semenjak diwujudkan mulai tahun 1992, kajian BIPK telah dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali iaitu pada tahun 1997, tahun 2001 dan yang terakhir ialah pada tahun 2007. 


Pada tahun 2007, Kerajaan telah memaklumkan kedudukan terkini Perkhidmatan Kritikal dan kaedah pelaksanaan BIPK adalah melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 yang berkuat kuasa 1 Januari 2008. 

Selepas semakan kali terakhir pada 2007, kajian terbaharu dilaksanakan pada 2019 dan didapati kesemua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi menepati kriteria pemberian asal BIPK iaitu mempunyai ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan sukar dilakukan. 

Atas sebab itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri memutuskan supaya BIPK perlu dikekalkan kepada penerima sedia ada mengikut kadar sedia ada, walau bagaimanapun bersetuju tiada pemberian BIPK kepada pegawai lantikan baharu. 

Sehubungan itu, mulai 1 Januari 2020, pegawai lantikan baharu ke skim perkhidmatan yang terlibat tidak lagi diperuntukkan dengan BIPK.

Apakah kesan pemansuhan BIPK kepada penerima sedia ada?

Penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dalam urusan pemansuhan ini dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada yang dinyatakan dalam SPP 17 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.

Berikut pula adalah respon netizen dalam isu pemansuhan elaun kritikal.

Hidayat Hasni Isa | TIADA LAGI ELAUN KRITIKAL, SATU PER SATU KEISTIMEWAAN PEKERJA KESIHATAN DITARIK.

Ada satu pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA bertarikh 20/12/2019 memutuskan penarikan elaun kritikal kepada penjawat awam yang terlibat, termasuk yang berkerja dalam sektor kesihatan seperti doktor, ahli farmasi, doktor pergigian, penolong pegawai perubatan dan juga jururawat.

Penarikan ini berkuatkuasa hanya kepada lantikan baru 2020. Yang lama masih kekal.

Atas alasan tidak lagi menepati kriteria yang ditetapkan. Semakan elaun kritikal ini sepatutnya dibuat setiap 5 tahun, tetapi semakan kali terakhir dibuat tahun 2007.

Aku betul-betul tak faham, kenapa nak kena jimat sangat sampai kacau staf kesihatan?

Dah lah staf kesihatan kerajaan ini kerja macam nak mati, terdedah dengan bahaya penyakit dan bahaya pesakit, tak cukup rehat, dapat gaji selama ini pun sebenarnya tak berapa setimpal dengan suasana kerja yang sangat tertekan, kau lantik diorang masuk kontrak, situ je dah kurang gaji dan banyak keistimewaan kena tarik, kau tekan pula lagi dengan tarik elaun kritikal.

Ingat staf kesihatan ni kuli batak ke? Lepas tu orang atasan expect kena kerja ikhlas, kena bagi yang terbaik?

Penjimatan (Austerity) macam ni takkan membantu ekonomi malah membantutkan kualiti perkhidmatan kesihatan.

Kenapa kerajaan tak boleh nampak kalau dia potong banyak, kesan rantaian dia akan lebih buruk? Orang akan hilang motivasi kerja, yang bijak pandai akan pergi kerja luar negara, kita akan makin kekurangan tenaga kerja, tenaga kerja sedia ada akan buat kerja sekadarnya. Akhirnya, kita akan kompromikan kualiti kesihatan rakyat.

Patutnya ahli parlimen yang kena potong elaun dan dijadikan sebagai lantikan kontrak. Membazir je ada pencen semua, tapi ponteng memanjang. Dalam dewan bergaduh, memekik.

Staf kesihatan ini belajar rajin-rajin sungguh-sungguh 2-6 tahun, hanya dilayan macam kelas ketiga.

Menteri yang sijil dipertikaikan, diangkat dijulang dengan macam-macam kesitimewaan.

Malulah kerajaan sekarang, zaman Najib Razak yang macam-macam skandal tu pun, dia tak semak elaun kritikal ini sejak 2007. 12 tahun tak sentuh pun. Ini dah kira garisan merah kalau kau sentuh.

Shame on you.

Sekian bebelan hari Selasa. - 25 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...