Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 27 Disember 2019

Elaun Parking Sudah Tiada, Pegawai Dedahkan Elaun Sebenar Menteri Selepas PH Mentadbir Negara..

SOSMED | Menteri Luar, Saifudin Abddulah menafikan dirinya menerima elaun parking berdasarkan kepada keratan akhbar merujuk kepada elaun para menteri yang tersebar di sosial media sejak beberapa hari yang lepas.

"Sepanjang pengetahuan saya, saya tak ada elaun parking," jelasnya dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan netizens.



Keratan akhbar itu merujuk kepada gaji dan elaun para menteri dipercayai sekitar tahun 2017 dan netizens beranggapan ia mungkin masih lagi diamalkan walaupun pentadbiran bertukar tangan dari BN kepada PH pada Mei 2018.

Namun hal itu dinafikan oleh pegawai kepada Menteri Darell Leiking, Liyana Marzuki.


Menurut Liyana, yang tak menafikan menteri boleh membuat tuntutan elaun ke atas pembayaran bil elektrik, air dan telefon namun Darell tak pernah membuat tuntutan sedemikan.

Dan Liyana juga menafikan kewujudan elaun parking dan elaun percutian seperti yang tular selama ini. 

Baca penjelasannya seperti berikut;

"Sekarang viral mengenai gaji dan elaun Menteri. Banyak jugak yang viralkan keratan akhbar ni untuk membelasah Pakatan Harapan dan menuntut elaun Menteri dipotong.

Saban bulan, saya turut menguruskan claim Menteri. Banyak juga benda yang dia langsung tak claim seperti bil elektrik dan air rumah beliau. Sejak mula masuk office tak pernah dituntut. Bil telefon juga sama. Dia kata dia mampu bayar tanpa duit kerajaan. Claim luar negara pun walaupun isteri beliau berkerja rasmi sama, tak pernah dituntutnya. Claim perabot rumah semua tak diambil. Rumah kerajaan pun tak digunanya.

Saya dah bekerja dengan 4 orang Menteri. Termasuk Menteri BN. Masing-masing ada kelebihan. Tapi bab berjimat ni saya angkat tabik hormat kepada Menteri saya yang ini.

Jadi bila ada fitnah teruk macam ni, saya rasa sangat tidak adil. Ada yang cakap ni keratan akhbar tahun 2016. Dan ia berpandukan maklumat dalam Internet sahaja dan bukan fakta sahih daripada JPA 🤦🏻‍♀️

Mungkin ini elaun Menteri di bawah pentadbiran Najib. Zaman tu semua boleh. Gaji CEO GLC pun boleh sampai ratus ribu walaupun ekonomi merudum pada tahun 2015. Apa lah sangat elaun parking RM5000 😏

Yang pasti Kerajaan PH menggunakan sepenuhnya Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan semua peraturan yang berkuatkuasa. Dan JPA dan MOF memantau semua aliran masuk gaji dan elaun kepada Menteri dan Anggota Pentadbiran lain.

Maka saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara mengenai fitnah terbaru ini:

1. Gaji Menteri ditetapkan dalam Akta sebanyak RM16,000 sebulan. Bila PH mula memerintah, PM arahkan potongan gaji sebanyak 10% berkuatkuasa daripada Jun 2018 hingga sekarang.

Jadi orang pertama yang kena potong gaji sejak PH memerintah ialah Pak-Pak Menteri kita.

2. Elaun Menteri ada 6 jenis sahaja. Tu pun semua ditetapkan bawah peraturan. Saya nak lampirkan disini tapi peraturan tu diketogorikan sebagai Sulit/ Terhad. Saya tengah tanya JPA sama ada boleh dilampirkan. Kalau boleh saya akan masukkan disini.

Elaun yang dibayar:

i. Elaun Jemaah Menteri
ii. Elaun Wakil Rakyat
iii. Elaun Rumah
iv. Elaun Keraian
v. Elaun Pembantu Rumah
vi. Bayaran Pentadbiran Persekutuan

Takde nya ELAUN PARKING bagai tu tuan-tuan... Sangat la merepek!!!

3. Pasal bercuti luar negara lagi kuat fitnahnya. Yang boleh dituntut ialah tiket kapal terbang dan hotel. Takde dalam peraturan boleh dituntut sampai RM50,000 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ Dan bercuti luar negara ni terpakai sejak tahun 1980 dan juga kemudahan ini turut dinikmati oleh Hakim-Hakim Negara.

4. Elaun perabut sampai RM40,000 takde dalam peraturan.

5. Tuntutan hadiah dan derma yang boleh diberikan kepada Badan Pertubuhan, yang tu langsung takde dalam peraturan.

6. Jamuan Raya sampai tuntutan beratus ribu juga tak masuk dalam peraturan 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

Jadi tuan-tuan banyak yang fitnah nya dalam keratan akhbar ni. Kena juga check mungkin semua ni yang dipraktikkan oleh Kerajaan terdahulu 😅

Ramai yang kena tahu, pegawai kerajaan sekarang sangat beramanah menjalankan kerja mereka. Sebelum ni moto pegawai awam ialah “Saya yang menurut perintah” sekarang PM Tun tukar ke “Saya yang menjalankan amanah”

Setiap tuntutan diperhalusi mengikut pekeliling dan Akta. Daripada Pak Menteri hingga ke anggota kerajaan lain.

Jadi nak menyeleweng dan buat suka hati macam zaman BN dulu memang sangat mustahil sebab adanya check and balance tersebut 👍🏼

Nasihat saya, sebelum nak percaya dengan tohmahan pembangkang ni check dulu betul-betul fakta. Jangan hanya diforward tanpa usul periksa.

Semestinya, pembangkang sangat desperate nak jadi kerajaan semula. Supaya apa yang dibuat dulu yang menguntungkan kantung mereka boleh dibuat semula.

Wallahualam...,"
katanya dalam penjelasan itu.



Berdasarkan kepada penjelasan ini dapat kita simpulkan dua perkara, iaitu;


i) elaun-elaun itu berkemungkinan wujud ketika Barisan Nasional mentadbir negara

ii) elaun-elaun itu telah berkurangan selepas Pakatan Harapan mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Dan;

1. Elaun bil elektrik
2. Elaun bil air
3. Elaun bil telefon
4. Elaun perabot rumah
5. Elaun tiket kapal dan hotel ketika bercuti

masih terpakai setakat ini. Sesetengah menteri tidak berbuat tuntutan tetapi tak bermakna kesemua dari mereka tidak membuat tuntutan. Adalah amat baik jika kesemua elaun-elaun yang dinyatakan seperti di atas dimansuhkan sepenuhnya. - 27 Disember 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...