Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 November 2019

Syed Saddiq Punca PH Kalah #PRKTanjungPiai - ARMADA Terengganu.

Kenyataan Media| Punca kekalahan sebenar bukan terletak pada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad

Assalamualaikum WBT, punca sebenar kekalahan PH di PRK Tanjung Piai bukan berpunca daripada YAB Tun Dr Mahathir seperti yang dipekik oleh Sdr Syed Husin sebaliknya ia adalah kerana jentera tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya terutama jentera pemuda PH yang mempunyai 4 parti yang sepatutnya perlu bermuafakat untuk memainkan peranan yang besar tetapi gagal dimanfaatkan oleh Ketua Pemuda PH yang juga merupakan Ketua Armada Nasional merangkap Menteri Belia dan Sukan.

 

 
Ketua pemuda PH tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai ketua sayap kepada gabungan 4 parti apabila gerak kerja dan mobalisasi bagi jentera pemuda PH berada pada tahap yang sangat lemah walhal pemuda PH seluruh Malaysia menunjukkan semangat yang tinggi untuk berbakti namun kepimpinan memperlihatkan kelemahan didalam sistem tadbir urus dan berorganisasi.

Teguran perlu diberikan kepada beliau kerana realitinya pada PRK sebelum ini dan kali ini PH mengalami kekalahan yang sangat mendukacitakan kerana rakyat Johor telah memilih untuk tidak mengundi PH juga kerana pelbagai isu yang terpalit dengan beliau yang masih tidak dapat diselesaikan dengan baik terutama isu yang melibatkan Istana Johor. 


Umum mengetahui bahawa rakyat Johor sangat sinonim dengan ‘bangsa Johor’ yang rapat dengan kesultanan yang berperanan sebagai payung kepada agama dan bangsa.

Kita harus berjiwa besar dan akur kepada kekalahan ini dan sebagai pemuda ,saya ingin menyeru kepada Ketua Pemuda PH supaya bermuhasabah ,segera selesaikan pelbagai konflik dan segera perkasakan akar umbi dan barisan pemuda PH supaya Pakatan Harapan akan bertambah kukuh, maju dan berjaya di masa akan datang demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Tetap Bersatu, tetap Pakatan Harapan.
 

Menyahut kenyataan dari Ketua Armada Johor yang tergantung

Syaiful Irfan Anang
Ketua Armada Bersatu Terengganu
Timbalan Ketua Pemuda PH Terengganu

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...