Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Oktober 2019

Terima Hanya RM9,560.96 Dari LDP, Najib Pertikaikan SPRM. #1MDB

POLITIK | Najib Razak mempertikaikan tindakan SPRM yang bersetuju menyelesaikan kes luar mahkamah dalam tuntutan wang terkait skandal 1MDB ke atas Parti Liberal Demokratik (LDP).




Menulis di Facebooknya, Najib membayangkan tindakan itu mungkin ada kaitan dengan ugutan LDP yang mahu mendedahkan bukti Datuk Liew Vui Keong, yang juga Menteri Undang-Undang (PH) ada kaitan dengan dana yang diterima dari pihaknya kepada LDP sekitar tahun 2012-2013.

"Saya berasa gembira kerana Jabatan Peguam Negara menerima representasi daripada pihak kami. Wang RM500,000 itu tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB," katanya.


"Parti Liberal Demokratik (LDP) di Sabah didakwa menerima dana sebanyak RM3.5 juta dari akaun bank saya pada tahun 2012 dan 2013 sebelum PRU13 yang PH tuduh adalah wang 1MDB.

Masa itu, presiden parti LDP adalah Menteri Undang-Undang PH sekarang.

Selepas PRU14, kerajaan PH membekukan akaun bank parti LDP dengan baki RM509,560.96.

Lepas itu, SPRM mengeluarkan saman untuk menyita akaun bank itu.

Tapi parti LDP ugut nak libatkan Menteri Undang-Undang PH dengan menamakan dia sebagai penerima dana itu dalam kes penyitaan SPRM itu kerana mendakwa dia sebagai presiden parti LDP masa itu yang menerima dana itu dari saya.

Hari ini, SPRM bersetuju di Mahkamah untuk selesaikan kes ini dengan menyita RM9,560.96 sahaja dari baki RM509,560.96 yang dibeku dan memulangkan RM500,000 (belum campur faedah yang diterima semasa dibeku SPRM) kepada parti LDP.

LDP pun bersetuju kerana tidak mahu melanjutkan kes ini.

Agaknya berapa banyak kos guaman dan mahkamah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan PH serta pihak SPRM selama ini sehingga mereka berjaya menyita wang sebanyak RM9,560.96 ini?

SPRM juga nasihat hari ini bahawa mereka yang tidak puas hati dengan jumlah denda kompaun dikenakan atas penyitaan wang yang didakwa dari 1MDB, mereka boleh rujuk kepada Kementerian Kewangan,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada awalnya, perkara itu didedahkan oleh Datuk Chin Su Phin yang berkata, Liew yang harus menjawab bagaimana dana yang diterima LDP pada pilihanraya ke 13 dibelanjakan kerana Liew adalah Presiden LDP pada ketika itu, dan bukannya kepimpinan terbaru.

Chin juga mendakwa, Liew ketika itu mempunyai kuasa yang besar dan berupaya membuat keputusan mengenai perjalanan kewangan parti tanpa perlu merujuk kepada Majlis Tertinggi parti itu. 

Oleh itu, Liew seharusnya dipanggil ke mahkamah untuk menjelaskan bagaimana dana yang dikaitkan dengan 1MDB, yang pernah diterimanya dari Najib dibelanjakan.

Berdasarkan laporan BERNAMA, pihak pendakwaan bersetuju wang sebanyak RM9,560.96 yang disimpan di dalam akaun semasa di sebuah bank dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia dan pemohon akan membatalkan Perintah Penyitaan Harta Alih bertarikh 29 Jun 2018 terhadap akaun tersebut selepas wang tersebut diterima oleh Kerajaan Malaysia. Manakala, bakinya, berjumlah 500,000 akan dipulangkan kepada LDP.

Presiden LDP Chin Su Phin ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata beliau berpuas hati apabila wang RM500,000 telah dikembalikan kepada parti itu.

"Saya berasa gembira kerana Jabatan Peguam Negara menerima representasi daripada pihak kami. Wang RM500,000 itu tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB," katanya.
- 18 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...