Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Oktober 2019

Najib Nafi Fitnah Nga Kor Ming, Dakwa Langkah Terdesak Untuk Tutup FB Page..

NAJIB RAZAK | Saya ke Bukit Aman memberi keterangan kepada pihak polis kerana Nga Kor Ming telah membuat laporan polis terhadap saya kononnya saya sudah fitnah dia.

Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ianya satu langkah dari PH untuk cuba menutup atau menyekat page FB saya.

 

 
Istana Selangor juga telah membuat laporan polis terhadap Nga Kor Ming atas sebab hasutan ke atas Sultan Selangor.

Nga Kor Ming pula buat laporan polis terhadap saya atas sebab saya fitnah dia.

Saya tak fitnah dia dan saya akan memberi maklumat serta bukti kepada pihak polis.

Tapi apa yang saya tak faham ialah kenapa Nga Kor Ming besar sangat sehingga pihak polis perlu dilibatkan jika dakwaan dia ialah saya telah fitnah dia.

Sepatutnya terus failkan saman fitnah sivil terhadap saya seperti apa yang saya pernah buat ke atas dia di mana saya telah menang.

Saya tak melibatkan pihak polis pun walaupun masa itu saya PM.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...