Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Oktober 2019

Jawab Berbelit Isu Foto Bersama Senthamizhan Seeman, Netizens Tunjukkan Kulasegaran Sumber Gambar.

SOSMED | Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran menjadi sasaran kritikan di laman sosial kerana memberikan jawapan yang berbelit mengenai gambarnya bersama Senthamizhan Seeman, seorang pemimpin dari Tamil Nadu yang dikaitkan dengan fahaman LTTE.

Gambarnya bersama Senthamizhan Seeman disebarkan di laman sosial selepas beberapa pimpinan DAP termasuklah Kula, mempertikaikan penahanan dua ADUN DAP yang dikaitkan dengan penyebaran fahaman LTTE.

Kula misalnya beranggapan penahanan beberapa ahli DAP itu mungkin ada kaitan dengan PRK Tanjung Piai. Kenyataan Kula itu kemudiannya ditempelak netizens kerana beliau seolahnya lupa Pakatan Harapan adalah kerajaan negeri di Johor dan kerajaan pusat. 

Ketika ditanya mengenai penyebaran dan kesahihan gambarnya bersama Senthamizhan, Kula memberikan respon sebegini :

Berita Harian : "Jangan mudah percaya apa yang tersebar di dalam aplikasi WhatsApp dan internet".

Kula berkata beliau tidak boleh mengulas mengenai gambar yang tidak jelas sumber dan kesahihannya.

New Straits Times : "Saya dah mengambil (bergambar) banyak gambar. Apa yang boleh saya katakan? Jangan percaya apa yang tersebar di WhatsApp dan internet. Orang boleh membuat tuduhan. Mereka boleh cakap A, B, C, anda tak boleh menghentikan mereka.

Anda lihatkan, ada banyak tuduhan-tuduhan yang tular di internet. Adakah anda menyemak kesemuanya dan bertanya ianya betul atau tidak?

Tidak adil anda bertanya saya terlibat atau tidak hanya kerana seseorang yang anonymous membuat tuduhan (ke atas saya). Saya tak boleh saman orang tu. Saya tak kenal siapa dia.

Jika orang itu tampilkan dirinya dan mengaku saya Mr. A dan saya membuat tuduhan ini terhadap anda, dan itu baguslah. Ianya adil kerana saya boleh mempertikaikan (tuduhan itu).

Biarkanlah pihak polis menjalankan siasatan mereka," kata Kula dalam kenyataan itu. 

-------

Dalam kedua-dua kenyataan itu Kula dilihat seperti mengelak untuk menjawab mengenai kesahihan gambar tersebut. 

Berdasarkan semakan, gambar tular itu sebenarnya diambil dari Facebook Kulasegaran sendiri.

Gambar itu diambil pada 2 Mac 2018. Kula telah memuatkan sebanyak 10 gambar bersama Seeman di akaun Facebooknya sendiri dengan kenyataan;

"Saya di Chennai hari ini, untuk bertemu dengan beberapa kawan. Sekarang saya berada di pejabat utama Naam Tamilar Katchi di Chennai untuk berjumpa dengan Seeman. Dia terkenal sebagai penceramah yang bagus di Tamil Nadu.

Seeman pernah datang (Malaysia) pada 2013 dan bercakap di parlimen Ipoh Barat. Lebih kurang 3,000 hadirin (yang agak besar) mendengar ucapannya.

Terkini, dia dilarang meninggalkan India dan dinafikan hak passport antarabangsa.

Dia pernah bertanding di kerusi DUN pada pilihanraya terbaru di Tamil Nadu tetapi dia tak menang. Dia dan partinya semakin hari semakin dikenali dan saya menjangkakan dia akan menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu satu hari nanti..," katanya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah pautan di mana kenyataan itu dipetik : 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2044367248906706&id=363269177016530

Dan dibawah ini, antara respon netizens yang pernah mengulas post tersebut pada tahun lepas.


Seeman dipercayai telah menyebarkan kempen sokong DAP dalam pilihanraya ke 14 yang lalu.

Ini berdasarkan gambar Kula bersama Seeman dengan poster DAP dibelakang mereka.

Lihat sini :


Dalam perkembangan berkaitan, netizens dilihat semakin ramai mengecam Kula di atas post tersebut.

Terdapat tanggapan umum, simpatisan LTTE telah menunggang beberapa pimpinan India DAP selepas parti itu memenangi pilihanraya bagi menyebarkan fahamannya di Malaysia. 

Charles Santiago misalnya mempersoalkan apa keperluan menahan dua ADUN DAP atas isu LTTE yang telah pun terkubur sejak sedekad yang lalu.

Kenyataan Charles itu kemudiannya dikecam kerana pimpinan DAP pula dipersoalkan kenapa membawa masuk fahaman yang telah terkubur ke dalam program-program yang mengagungkan fahaman LTTE dan keganasan ke dalam negara ini, bagaikan mahu menghidupkan kembali apa yang telah mati. Apatah lagi menganjurkannya secara terbuka, dan kini membela pula fahaman tersebut atas nama bersimpati. 

Menurut pihak polis, terdapat aliran transaksi kewangan yang melibatkan jumlah besar, yang dipercayai bagi tujuan menyebarkan ajaran LTTE ke dalam negara ini, dan fahaman ini dilihat khususnya mensasarkan sokongan dari kaum tertentu.

Terdapat juga dakwaan rancangan keganasan di kedutaan Sri Lanka, Malaysia. Pihak polis juga mengesahkan pengintipan telah dilakukan secara terancang sejak November 2018 lagi.

Sesetengah netizens juga beranggapan, hasutan dari pimpinan Tamil Nadu yang menyokong LTTE mungkin dipercayai menyebarkan elemen rasisma dikalangan kaum tertentu yang mana sesetengahnya telah terhasut lalu membuat tuduhan yang melulu, misalnya seperti perlu masuk Islam untuk bekerja di sektor kerajaan atau saya hanya makan di kedai bangsa saya sahaja.  

Sebagai rekod, LTTE disahkan sebagai pengganas di 30 buah negara termasuklah Malaysia. LTTE disahkan antara kumpulan terroris yang ganas, antara lain turut dikecam mempergunakan sentimen simpati terhadap wanita dan kanak-kanak ketika menyebarkan fahamannya. 

Dalam perkembangan berkaitan, BBC News melaporkan pada 7 Oktober 4 warga Sri Lanka dilarang memasuki lapangan terbang Puton kerana terlibat dalam kumpulan teroris yang diharamkan, dipercayai merujuk kepada LTTE. - 14 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...