Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 Oktober 2019

Tak Benar Pegawai JAKIM Minta Rasuah 50,000, Laporan Asia Sentinel Fitnah.

KENYATAAN MEDIA | KETUA PENGARAH, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN KENYATAAN MURRAY HUNTER BEKAITAN TUDUHAN BERKAITAN MALAYSIA’S HALAL CRISIS.

JAKIM ingin merujuk kepada penulisan Murray Hunter dalam artikel bertajuk Malaysia Halal Crisis di laman sesawang Asia Sentinel bertarikh 10 Oktober 2019 berikutan tuduhan berlakunya isu intergriti dan kompetensi pegawai dalam proses Pensijilan Halal Malaysia yang juga turut TULAR di media sosial.
JAKIM komited untuk memastikan Pensijilan Halal Malaysia berjalan berlandaskan undang-undang dan mematuhi segala peraturan yang berkuatkuasa dan tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu berkaitan integriti.

JAKIM menafikan pertuduhan yang dibuat oleh Murray Hunter berkaitan pegawai JAKIM meminta bayaran sebanyak RM50,000 bagi tujuan pendaftaran premis pemprosesan daging halal di Kuala Lumpur.

JAKIM mempunyai mekanisma kawalan dan mengamalkan sistem integriti yang tinggi dan telus bagi mengelakkan berlakunya amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangannya.

Mekanisma ini termasuklah kerjasama yang rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping penempatan pegawai SPRM secara sepenuh masa di bahagian yang berisiko tinggi berlakunya rasuah.

Oleh yang demikian, JAKIM menyeru semua pihak termasuk penulis untuk tampil mengemukakan bukti dengan penuh rasa tanggungjawab bagi diteliti dan bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang. 

Isu ini yang amat serius kerana ianya boleh menyebabkan reputasi Halal Malaysia tercemar dengan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Sekian.

DATUK MOHAMAD NORDIN IBRAHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...