Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 6 Oktober 2019

Penjelasan Kenapa TV3 Meminta Maaf Kepada Teo Nie Ching.

POLITIK | Nampaknya meskipun TV3 Buletin Utama telah meminta maaf secara terbuka kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching terdapat cakap-cakap yang beranggapan TV3 terpaksa tunduk ke atas tekanan.




"Nie Ching yang cakap cina, kenapa TV3 pula yang salah" soal netizen.


Ada juga yang mahukan bukti. "Jika betul dia ada cakap Bahasa Melayu, kenapa tak bagi je bukti klip tu? Mana buktinya?," soal mereka lagi.



Pertama. TV3 meminta maaf kerana menyedari mereka telah menyiarkan klip yang salah, boleh jadi kerana sentimen politik. Seperti yang kita semua ketahui, Nie Ching sering dikecam kerana mengutamakan Bahasa Mandarin berbanding bahasa kebangsaan. Hal tersebut telah membuka ruang persepsi negatif ke atas Timbalan Menteri Pendidikan itu. Benar, kesilapan dia yang mengutamakan Bahasa Mandarin perlu ditegur tetapi bukan bermakna TV3 boleh membuat fitnah.

Kedua. TV3 dengan segeranya membuat permohonan maaf kerana mengetahui dengan jelas kesilapan yang mereka lakukan. Bukan tunduk pada tekanan. Tetapi hakikatnya sememangnya saksi kejadian ada di lokasi. Saksi kejadian itu pula adalah rakan-rakan wartawan yang bekerja dari syarikat yang sama seperti mereka iaitu 8TV dan NTV7. Hal seperti ini sukar untuk ditutup kerana terdapat juga rakaman. Tambahan pula, jika TV3 disaman, mereka akan berisiko kehilangan wang. Sudah tentu mereka tidak akan membuat keputusan yang menyusahkan diri mereka sendiri. Ini bukan di zaman BN menjadi kerajaan. Mereka tak lagi mempunyai abang besar. 

Ketiga. 8TV dan NTV7 mempunyai sasaran pengguna cina. Mereka juga ada menyiarkan berita dalam Bahasa Mandarin. Oleh itu tidak pelik bagi segmen Bahasa Mandarin, mereka meminta Nie Ching untuk bercakap dalam Bahasa Mandarin bagi menyesuaikan dengan program.

Keempat. Nie Ching juga menegaskan dia telah bercakap dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu untuk segmen Bahasa Melayu. Percakapan dalam Bahasa Mandarin dibuat kerana ada permintaan dari wartawan NTV7. Sudah tentu Nie Ching tidak akan memetik secara sebarangan kerana wartawan NTV7 juga adalah manusia yang hidup dan menggunakan sosial media. Hal seperti ini sukar untuk ditutup apatah lagi di zaman kebebasan media.

Lihat penjelasan Nie Ching dibawah ini;

"Apabila ditanya tentang kes seorang budak 11 tahun yang hampir dirogol di Kudat Sabah, jawapan saya dalam sidang media tersebut memang dalam Bahasa Melayu. Ini adalah untuk memastikan semua wartawan yang hadir memahami jawapan saya.

Walau bagaimanapun, rakaman video saya berbahasa Cina yang digunapakai dalam Buletin Utama semalam adalah jawapan saya setelah wartawan NTV7 meminta saya untuk mengulang jawapan bagi digunakan di dalam berita Bahasa Cina untuk NTV7 dan 8TV.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang sudi menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan salah faham ini berpanjangan. Namun, saya juga amat kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab kerana cuba mensensasikan perkara ini. Saya berharap agar perkara ini tidak akan berulang lagi,"
jelas Teo Nie Ching dalam satu kenyataan.

Kelima. Untuk pengetahuan anda, penjelasan Nie Ching ini hanya dikongsikan sebanyak 40 kali sahaja di Facebooknya. Tidak ramai yang mahu menyiarkan penjelasan Nie Ching. Justeru itu, meskipun TV3 telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan mereka, cakap-cakap negatif yang menuduh dan menyalahkan Nie Ching dalam kejadian itu masih lagi berlaku sehingga ke hari ini.

Pada 4 Oktober 2019, Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Syed Junid telah bertemu dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching di Putrajaya.

Ini membawa erti, Media Prima komited mahu mempunyai hubungan yang baik dengan Nie Ching meskipun pada 3 Oktober mereka telah melakukan sedikit kecuaian sehingga Nie Ching disalahanggap. 

Sesetengah pihak beranggapan klip itu bertujuan untuk menyindir Nie Ching. Bukanlah ada niat mahu menfitnahnya.

Tetapi malangnya isu ini telah hilang kawalan apabila lebih ramai yang beranggapan Nie Ching dengan sengaja hanya bercakap Bahasa Mandarin sahaja sampaikan wartawan Buletin Utama pun terpaksa siarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin kerana tiada kenyataan Bahasa Melayu. 

Hal inilah bahaya kerana telah menimbulkan polemik perkauman. Orang melayu akan berasa marah dan sakit hati. Seterusnya mereka akan didorong untuk menjadi benci pada orang cina. Dan apabila kedua-dua bangsa ini bergaduh, sudah tentu akan ada pihak yang untung secara politik.

Dalam menegur kelemahan Nie Ching, yang kita lihat lebih mengutamakan pembangunan sekolah aliran kecinaan dan Bahasa Mandarin, hendaklah jangan sesekali menggunakan hujah fitnah. Kerana itu akan merosakkan roh perjuangan. 

Jika kita mahukan sekolah Satu Malaysia - Satu Aliran - Satu Sistem dengan Satu Bahasa, kita juga kena pastikan perjuangan kita adalah Satu Fakta. Elakkan menfitnah. - 6 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...