Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 Oktober 2019

Sedia Jual PLUS : Mahathir Mahu Hancurkan PH - KADER.

KELAB DISKUSI KADER RAKYAT | TUN MAHATHIR SENDIRI YANG AKAN MEMENANGKAN BN-UMNO-PAS.

Kenapa saya mengatakan begitu? Kerana segala tindakan Tun Mahathir, sendirinya yang menghancurkan PH sebelum dan semasa menjelang PRU15. Ia memang disengajakan Tun Mahathir. Agar PH kalah seteruknya pada PRU15.


Tun Mahathir hanya mahukan Najib Razak tidak menjadi PM.

Kerana Najib Razak yang meletakkan kekayaan negara dibahagikan melalui peranan-peranan GLC, perbelanjaan fiskal, pakej stimulus ekonomi mesra rakyat dan beribu-ribu lagi manfaat.

Ini yang Tun Mahathir marah. Dia mahukan anak beranak dan kroni-kroninya terus memboloti kekayaan negara. Baginya, trickle down economic adalah solusi kepada masalah ekonomi. Anak beranaknya dan kroni hidup mewah adalah tanda ekonomi baik. Rakyat hanya perlu mengutip sisa daripada limpahan trickle down.

Matlamat Tun Mahathir untuk mengnyahkan Najib Razak sudah berjaya. Jadi Tun Mahathir tidak lagi perlukan PH. Tun Mahathir akan busukkan nama PH seburuk-buruknya di mata rakyat. Tun Mahathir tidak akan membiarkan PH menang PRU15.

Dia kemudian samada meninggalkan PH menyertai BN-UMNO-PAS dan berlakon seperti hero, ataupun meninggal dunia.

Saya berbual dengan seorang rakan lama di dalam DAP. Katanya, DAP-LGE tidak sebodoh itu untuk menjual PLUS kepada pihak HK. Banyak lagi GLC yang boleh diswastakan dan banyak lagi pemilik yang boleh dianugerahkan untuk mengelak sentimen sesensitif begini. Ia tidak ubah peluru untuk menembak kaki sendiri.

Jadi saya berteka-teki, memang sebenarnya Mahathir melakukan perkara ekstrim sebegitu untuk menjatuhkan PH agar PH tidak akan menang lagi selama-lamanya?

Apa yang pasti, penjualan PLUS 100% kepada pihak di HK adalah perkara paling khianat kepada semua penduduk Malaysia. Tidak masuk akal sungguh angsa bertelur emas ini disembelih untuk dijualkan dagingnya. - 9 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...