Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Oktober 2019

Mas Ermieyati Juga Terima Dana 1MDB, Kenapa Namanya Ghaib Dari Siasatan SPRM - Shahrir Samad.

POLITIK | Ketua UMNO Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad mempersoalkan tindakan Ketua Pengarah SPRM yang melenyapkan nama Mas Ermieyati dari siasatan SPRM berhubung penerimaan dana 1MDB.


Menurutnya, namanya bersama Datuk Ahmad Maslan dan Mas Ermieyati jelas disebut dan dilaporkan Sarawak Report bagaimanapun SPRM mengugurkan nama Mas Ermieyati dari siasatan tersebut pada pengumuman yang dibuat 6 Oktober lepas.

Hal ini menimbulkan tanda tanya apakah ia ada kaitan dengan kemasukan Mas Ermieyati ke dalam PPBM memandangkan Bekas Ketua Puteri UMNO itu merupakan Ahli Parlimen UMNO yang pertama 
melompat ke dalam PPBM tulis bekas Ahli Parlimen Johor Bharu itu lagi.

"Saya naikkan laporan Sarawak Report 17 Ogos 2015 untuk tujuan mengingatkan pembaca bahawa dalam laporannya itu, saya telah dilaporkan menerima sebanyak RM1 juta dari DS Najib Abdul Razak selepas PRU13.

Bersama dengan saya, dua lagi pemimpin UMNO telah juga dilaporkan turut menerima sumbangan dari DS Najib. Mereka adalah Datuk Ahmad Maslan dan Mas Emieryati.

Apabila saya ditanya oleh media negara berikutan penulisan Sarawak Report itu, saya tidak menafikan bahawa saya telah menerima sumbangan sejumlah itu.

Saya turut menyatakan bahawa sumbangan itu adalah untuk program dan kegiatan politik saya selaku ahli parlimen Johor Bahru.

Saya telah memohon sumbangan itu dari DS Najib selaku Presiden UMNO Malaysia.

Selaku ahli parlimen UMNO, saya tidak mempunyai sumber kewangan lain kerana saya tidak terlibat dalam sebarang perniagaan. Oleh itu, kepada siapa lagi yang saya boleh meminta bantuan kewangan selain dari presiden parti saya. Inilah penjelasan saya secara konsisten.

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Datuk Ahmad Maslan atau Mas Ermieyati. Mereka tentunya ada penjelasan tersendiri.

Namun apa yang menimbulkan persoalan, apabila Lateefah Koya mengumumkan pada Isnin lepas mengenai 81 entiti dan individu yang telah ditawarkan untuk mengkompaun kes didakwa dibawah AMLA, hanya saya dan Datuk Ahmad Maslan yang termasuk dalam kumpulan 81 itu.

Secara ajaib, Mas Ermieyati telah tidak lagi disebut namanya. Pada Ogos 2015, nama kita bertiga disebut oleh Sarawak Report. Pada 6hb Oktober, Lateefah Koya gugurkan nama Mas Ermieyati. Tinggal sahajalah saya dan Ahmad Maslan.

Umum mengetahui Mas Ermieyati yang pertama melompat keluar dari UMNO masuk PPBM. Tapi mengapa pula Lateefah Koya gadaikan integritinya untuk kecualikan seorang yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report telah menerima sumbangan politik dari DS Najib.

Sudahlah Mas Ermieyati tidak ada integriti politik kerana menjadi katak politik. Kini Lateefah juga sama-sama mengadaikan integritinya dengan bertindak secara selektif terhadap kami yang tetap berpendirian politik kami bersama UMNO.

Dalam Malaysia Baru -- Malaysia Bersih, yang berkuasa gunakan kuasa itu secara selektif terhadap mereka yang tetap dan teguh dalam prinsip politik.

Inilah harga maruah. Tetap terdedah kepada pendakwaan yang selektif oleh mereka yang tidak ada integriti.

#PolitikBermaruah,"
jelasnya dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Mas Ermieyati pernah didedahkan menerima wang berjumlah RM50,000 yang dikatakan bersumber dari penyelewengan dana 1MDB. 

Mas kemudiannya membuat laporan polis terhadap Sarawak Report kerana mendakwa laporan tersebut menjejaskan intregriti Najib Razak dan bersifat fitnah. - 10 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...