Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 Oktober 2019

Haramkan Komik Hew, Lim Kit Siang Minta KDN Tarikbalik, Patuhi Manifesto.

POLITIK|Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan komik propaganda yang ditulis oleh Hew Kuan Yau.


Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan di blognya semalam.

"Saya mempunyai banyak perbezaan idea dan pemikiran dengan Hew dan saya belum berpeluang untuk membaca buku komik beliau ketika isu ini menjadi hangat, tetapi saya percaya yang beliau bukanlah seorang komunis ataupun seorang yang bersimpati dengan komunis.


Saya tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa buku komik Hew mempromosi dan bersimpati dengan perjuangan komunis.

Saya menyeru supaya pegawai Kementerian menyemak semula pengharaman ini, selari dengan agenda keterbukaan Pakatan Harapan tanpa meremehkan isu keselamatan dalam negara.

Malahan, Janji ke-27 Buku Harapan secara terang-terangan menyeru pemansuhan undang-undang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,"
katanya.


Menurut Lim, kerajaan sepatutnya mematuhi manifesto Pakatan Harapan yang menyeru kepada pemansuhan undang-undang yang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bukannya meneruskan undang-undang itu dengan mengharamkan penerbitan lain.

Lim juga dalam kenyataan itu menyatakan beliau percaya Hew bukanlah seorang komunis ataupun simpatisan kepada komunis.

Untuk rekod, komik propaganda yang ditulis oleh Hew mula menjadi kontroversi apabila bahan bacaan itu didedahkan mengandungi unsur politik yang keterlaluan dan diedarkan ke sekolah-sekolah terutamanya sekolah jenis cina.

Hew kemudiannya dikecam oleh pelbagai pihak termasuklah oleh pemuda PPBM kerana membawa masuk agenda politik kepartian ke dalam institusi pendidikan negara.

Bengang dengan kecaman itu, Hew sebagai reaksi balas bertindak menyebarkan gambar Tun Mahathir yang menghadiahkan komik tersebut kepada Presiden China.

Tindakan itu kemudiannya dianggap sebagai provokasi dan Hew semakin teruk menerima kecaman dari pihak PPBM dan pelbagai pihak. DAP juga menjarakkan diri dari tindakan Hew itu.

Pejabat Perdana Menteri kemudiannya menafikan komik itu ada kaitan dengan Perdana Menteri dan berkata komik tersebut dibawa masuk sebagai hadiah tanpa mengikut protokol. 

Kenyataan PMO itu bagaimanapun menerima respon negatif dimana netizens mempersoalkan SOP dan keselamatan sehinggakan 'gift' yang tidak melalui proses yang betul boleh menembusi majlis dan dipegang oleh Tun Mahathir untuk dihadiahkan kepada Presiden China, Xi Jinping. 

Sesetengahnya pula berpandangan jawapan PMO itu adalah alasan untuk mengelak dari terlibat dalam penyebaran komik tersebut.

Dikalangan penyokong DAP, mereka beranggapan isu komik dan isu LTTE adalah isu yang sengaja digunakan oleh PPBM untuk menang PRK Tanjung Piai.

Selepas beberapa hari mempertahankan komik Inisiatif Jalur dan Jalan : Meraih Manfaat Bersama , Hew akhirnya melepaskan jawatan CEO Majlis Perniagaan China-Malaysia, dipercayai untuk mengambil tanggungjawab atas penerbitan komik kontroversi itu, memandangkan isu mengenai Uighur yang turut dipaparkan dalam komik itu dianggap sebagai tidak sensitif dan menghalalkan penindasan ke atas umat Islam.

KDN bagaimanapun dilaporkan memberikan alasan komik propaganda tersebut mempromosikan komunisme sebagai punca pengharaman. - 25 Oktober 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...