Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Oktober 2019

#BMF - Pendirian Kerajaan Utamakan Barangan Malaysia Kata Saifuddin Nasution.

Saifuddin Nasution Ismail | Hari ini saya telah menjawab soalan di Parlimen mengenai pendirian Kementerian terhadap kempen "Buy Muslim First". Berikut adalah jawapan saya:
 

 
Fungsi Kementerian adalah untuk mewujudkan ekosistem perniagaan yang sihat dan kondusif kepada komuniti ekonomi dan juga pengguna. Berdasarkan kepada landasan ini, Kementerian mengambil peranan untuk mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia.

Kita tampil dengan Kempen Beli Barangan Malaysia kerana rakyat Malaysia itu ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan banyak lagi. Jadi Kerajaan harus bergerak bersekali kerana itu lebih baik untuk kebaikan semua.

Usaha Kementerian dalam mempromosikan barangan buatan Malaysia akan sentiasa dipertingkatkan bukan sahaja melalui kempen dalam negara bahkan diluar negara.

Setakat ini, terdapat lebih 1,850 usahawan tempatan di bawah bimbingan Kementerian. Kebetulan pula daripada 1,850 itu, kebanyakannya adalah usahawan PKS Bumiputera.

Kementerian mengambil pendekatan membimbing usahawan-usahawan berikut dan bantu mereka mengetengahkan produk di pelbagai medium seperti pasaraya besar, platform e-dagang, syarikat penerbangan dan banyak lagi.

Hasilnya, beberapa kejayaan sudah dicapai. Misalnya, jualan beberapa produk di bawah bimbingan Kementerian seperti Kopi Hang Tuah, Rempah Mak siti, Kek Fruitisimo, Kicap Jalen dan Sos Jalen sudah mencapai 7 angka.

Sebagai sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum, usaha Kerajaan mesti mengangkat semua pihak. Kami percaya Kempen Beli Barangan Malaysia akan memberikan kesan yang baik kepada ekonomi negara dan kalau kadar ekonomi negara berkembang baik, kebaikan itu akan dinikmati oleh segenap lapisan rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...