Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Oktober 2018

Doa Najib Buat Rosmah Yang Ditahan SPRM..

SINAR HARIAN | Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuatnaik status terkini di Facebook selepas berita penahanan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini.

 
Sekadar dua ayat namun sarat dengan mesej untuknya sekeluarga.

“ALLAH Maha Mendengar, walau sehalus mana bisikan dalam hati yang ikhlas. Jadi jangan pernah berhenti berdoa dan bergantung harap kepada-Nya,” tulisnya.

Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan.

Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - 4 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...