Dalam satu video LIVE Facebook yang disiarkan pada isnin, Lokman memberikan amaran keras kepada Fahmi Fadzil yang membuat laporan polis berikutan Lokman kantoi menfitnah Anwar Ibrahim meliwat pemuda Indonesia.
"Seorang penuntut warganegara Indonesia membuat laporan polis lewat malam tadi di Singapura mendakwa diliwat oleh suami kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kejadian itu dikatakan berlaku di Singapura baru-baru ini.
Suami Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mangsa kini ditempatkan di salah sebuah hosputal di Singapura serta dibawah kawalan polis untuk tujuan siasatan.
Laporan lanjut akan menyusul.
Sumber : Berita Mediacorp Sg," katanya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun selepas beberapa jam tersiar, Lokman kemudiannya bertindak memadamkan post berkenaan atas alasan menerima info yang salah dari sumber yang beliau percayai.
Pihak kami difahamkan sumber yang memberikan maklumat itu kepada Lokman Adam dikenali sebagai Doktor Razali.
Media Corp juga mengesahkan telah menghubungi Lokman Adam supaya membetulkan kenyataan tersebut dengan tidak mengaitkan media itu dalam tuduhannya ke atas Anwar Ibrahim dan menafikan ada melaporkan berita pemuda Indonesia diliwat Anwar Ibrahim.
Meskipun telah memadamkan post berkenaan, Lokman dilihat seperti tidak mengaku salah.
Bahkan tiada permohonan maaf dibuat ke atas Anwar Ibrahim selepas kantoi menfitnah.
Lokman sebaliknya membuat satu LIVE FACEBOOK dan menuduh Anwar seorang peliwat. Dalam LIVE FACEBOOK itu juga Lokman memberikan amaran kepada Fahmi untuk tidak mengugutnya dengan laporan polis.
Lokman juga mempersoalkan motif Fahmi yang membuat laporan polis meskipun postnya di Facebook telah dipadamkan.
"Saya nak bagitau apa nama budak neh, Fahmi Fadzil. Budak baru. Taktahu la saya budak neh sejak zaman bila dia keluar. Dia neh dah jadi Ahli Parlimen. Pengarah Komunikasi PKR.
Saya nak bagitau kalau dia rasa dia boleh ugut saya kononnya menangkap saya, membuat laporan polis, eh silap orang la brader. Sebelum dia neh menjadi pemimpin PKR, siapa yang buat demo 1998? Siapa yang bangkitkan semangat rakyat menentang rejim Mahathir, 1998?
Kalau setakat nak ugut saya duduk dalam penjara neh, saya nak bagitau lah, saya hampir 1,000 hari, 8 kali duduk dalam lokap. 2 kali duduk ISA. Pasal mempertahankan manusia durjana bernama Anwar Ibrahim neh.
So jangan la nak berangan-angan ugut saya. Kalau nak saman, saman la. Ingat saya takut? Saya got nothing to lose tapi Anwar got everything to lose.
Ini saya nak bagitau Anwar Ibrahim, tolong jaga mulut Fahmi Fadzil neh," katanya.
Lokman juga menafikan menfitnah Anwar Ibrahim meliwat. Bahkan menegaskan Anwar ialah seorang peliwat.
"Saya tidak pernah menfitnah Anwar Ibrahim.
Kenapa saya terus upload? Sebab cerita Anwar meliwat budak Indonesia neh bukan cerita baru. Saya dah dengar beberapa bulan yang lalu. Hari ini baru kononnya ada laporan polis yang dibuat," jelas Lokman Nor Adam.
"Eh, Anwar Ibrahim neh bukan peliwat? Saya nak bagitau Anwar Ibrahim memang seorang peliwat. Ia dah diputuskan di mahkamah. Saya tak perlu fitnah," tambahnya lagi.
Untuk rekod, Anwar baru sahaja 4 bulan keluar penjara.
Berdasarkan kenyataan Lokman dalam rakaman LIVE FACEBOOK, beliau menjelaskan posting di Facebook dipadamkan kerana Mediacorp menafikan wujudnya laporan itu dan bukannya memadamkan ia kerana kantoi menfitnah Anwar Ibrahim.
Lokman juga memberitahu jika serangan dan tekanan dilakukan ke atasnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuka beberapa cerita lama ini termasuklah cerita Shamsidar. - 4 Oktober 2018.