Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 3 Oktober 2018

Rosmah Mansur Ditahan SPRM, Akan Didakwa Esok.

POLITIK | Datin Seri Rosmah Mansor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, selepas dipanggil memberikan keterangannya berhubung siasatan membabitkan jenayah penggubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan Rosmah yang ditahan pukul 3.20 petang tadi di ibu pejabatnya di Putrajaya.



Rosmah Mansur Ditahan SPRM
Rosmah Mansur
SPRM juga memaklumkan ia sudah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa isteri bekas perdana menteri itu.

“Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001,” kata agensi anti rasuah itu dalam satu kenyataan.

Rosmah dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pukul 8 pagi esok, tambah SPRM.

Peguam Rosmah, Geethan Ram Vincent turut mengesahkan kepada pihak media, isteri bekas perdana menteri itu ditahan petang tadi.

Siasatan terhadap Rosmah dibuka semula hampir empat bulan lalu selepas Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Rosmah, 66, disoal siasat oleh SPRM pada Jun lalu berhubung akaun SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Media baru-baru ini mendedahkan Rosmah bakal berdepan sekurang-kurangnya 20 pertuduhan, kebanyakannya melibatkan jenayah pengubahan wang haram.

Antara satu kes yang dijangka menarik perhatian ialah pembelian produk hormon anti penuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat, lapor media.

Produk itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600%, jika diambil berterusan, selain meningkatkan tenaga, tidur lebih lena, mengurangkan lemak dan mencantikkan kulit.

Rosmah ditahan ketika hari ini suaminya, Najib Razak juga dipanggil sekali lagi oleh polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad.Bekas perdana menteri Najib Razak disoal selama tiga jam oleh pihak polis hari ini. - 3 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...