Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 September 2018

Untuk PMkan Anwar, Dulu Buat Langkah Kajang, Kini Langkah PD - Subky Latif.

Subky Latif | MAKA dalam waktu yang terdekat ini semua tertumpu kepada langkah yang menggantikan Langkah Kajang yang tidak jadi dulu kepada Langkah Port Dickson.

Langkah apa dan di mana jua ditentukan oleh Brother Anwar kita.

Anwar Ibrahim
Sekalipun Anwar merancang dan menentukan tetap dia pun tidak tahu akan jadi atau tidak. Hanya Allah yang betul tahu. Anwar mungkin merasa tahu. Nibong Tebalkah? Pandankah? Atau PDkah?

Jika dia pilih Antah Berantah jadi Antah Berantahlah langkahnya. Kerana dia pilih Port Dickson jadi Langkah PDlah ia. Sekalipun dia sudah umumkan kawasannya dan MPnya sayugia meletak jawatan, belum tentu jadi jika tidak dengan izin Allah. Allah yang menentukan tiap-tiap sesuatu.

Langkah Kajang dulu sudah siap semuanya. Adunnya sudah letak jawatan. Hari penamaan calon sudah ditetapkan. Semuanya menunggu dia pergi menamakan calon. Masa itu takdir-Nya ada dalam pengetahuan-Nya saja. Apa yang hendak terjadi belum ditakdirkan lagi.

Yang sudah ditakdirkan ada gerakan yang dinamakan Langkah Kajang. Adun Kajang sudah ditakdirkan letak jawatan. Anwar pun sudah ditakdirkan sebagai calon.

Tetapi menjelang penamaan calon ditakdirkan kesnya dimahkamahkan dan ditakdirkan dia dihukum. Ditakdirkan semuanya berubah dan dia dikedalamkan sekali lagi.

Masa sebelum masuk politik, dia adalah penentang tegar Umno. Lebih tegar dari Dato’ Asri, Dr. Tan Chee Khoon dan Lim Kit Siang. Kemudian Allah takdir dia masuk Umno hingga menjadi pemimpin tegar Umno.

Sejak di universiti lagi rakan-rakannya kata dia akan jadi Perdana Menteri mereka. Pembangkang masa itu tiada harap boleh jadi Perdana Menteri. Dia menunggu masa saja untuk jadi Perdana Menteri. Sudah memangkunya lebih sebulan.

Khalid Jafri buat buku kata dia tidak boleh jadi Perdana Menteri. Khalid pun tidak tahu akan ilmu Allah. Dia ditakdir menulis saja. Betul ditakdirkan Anwar tidak jadi Perdana Menteri, macam yang Khalid mahu. Berdasarkan takdir Langkah Kajang dan tertangguh jadi Perdana Menteri, maka langkah barunya jika sebagai Langkah Kajang dulu, hanya dapat boleh dipastikan selepas diumumkan dia jadi calon oleh SPR.

Selepas Agong ampunkan, dia adalah bersih dari semua, mungkin menyamai bersih dari sebarang dosa seorang yang masuk Islam.

Diagak tidak banyak halangan dengan langkah terbaru itu. Dipercayai Langkah PD tiada jadi macam Langkah Kajang lagi.

Langkah itu mungkin tidak menyekatnya lagi jadi Perdana Menteri. Dan Perdana Menteri Mahathir sudah tidak sabar-sabar lagi hendak melihatnya jadi Timbalan Perdana Menteri sekali lagi sebelum menggantikannya.

Sekalipun ia hampir pasti tetapi kejadian masa depan hanya dalam ilmu Allah. Anwar pun, dengan semua takdir tadi, tidak lagi mahu cepat-cepat jadi Perdana Menteri. Biarlah Mahathir dengan labah-labahnya. Anwar mahu labah Parlimen saja.

Justeru langkah terdahulu jadi langkah kiri, usah fikir langkah lagi. Buat macam Mahathir tak pernah fikirkan langkah. Calon Perdana Menteri bersamanya dulu Ghafar Baba dan Tengku Razaleigh. Yang jadi PM dia. Diapun tak fikir jadi PM lagi. Yang difikirnya hendak membuang Najib.

Ketika dia tak sangka Najib dan BN jatuh, dia jadi PM lagi tanpa langkah kiri dan kanan.

Bagi jadi PM, Anwar masuk Parlimen dulu. TPM bukan syarat jadi PM. Mahathir jadi PM lagi tanpa jadi TPM. Tanpa ada lagi langkah Anwar boleh jadi PM.

Jika ditakdir tiada apa-apa dengan Mahathir dulu, dengan usia dan alam hospitalnya, kini masa terbaik bagi Anwar berundur, bukan baru jadi PM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...