Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 September 2018

Kebetulan Wang Pampasan HSR & Dana 1MDB Yang Dipulangkan Singapura Kepada Malaysia Berjumlah 45 Juta.

LAPORAN | Berita 5 September 2018 (Malaysiakini) : Malaysia dan Singapura hari ini menandatangani Surat Sampingan Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura (HSR) bagi persetujuan bersama menangguhkan projek berkenaan selama dua tahun sehingga Mei 2020.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan dengan permintaan Malaysia untuk menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju untuk membayar kos abortif atau kos terbantut sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada kerajaan Singapura.

Kos itu perlu dijelaskan pada atau sebelum 31 Januari tahun hadapan.

"Apabila saya pertama kali bertemu Menteri Pengangkutan dan Menteri Penyelaras Infrastruktur Singapura, Khaw Boon Wan, saya menyampaikan mandat daripada Kabinet Malaysia bahawa kami ingin projek itu ditangguhkan selama sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun," katanya dalam satu sidang media bersama dengan Khaw di Putrajaya.

Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau bersetuju dengan Khaw bahawa jika tempoh penangguhan itu melebihi dua tahun, model perniagaan berkenan pasti akan berubah dengan kos yang terus meningkat.

 
Berita pada 10 September 2018 (BERNAMA) : MAHKAMAH Singapura memberikan perintah pelupusan wang yang diambil secara salah menurut undang-undang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau Kumpulan Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Wang yang diperoleh dalam pelbagai mata wang berjumlah S$15.3 juta (RM45.9 juta) dan dipindahkan ke akaun bank perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

 
Pengumuman itu dibuat hari ini oleh Tan, Rajah & Cheah, firma undang-undang Singapura yang diupah oleh Putrajaya ketika peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap 53 individu dan syarikat, bagi menuntut wang milik 1MDB.

“Usaha mendapatkan kembali aset lain yang diambil secara salah masih diteruskan,” tegas firma itu dalam satu kenyataan.

Peguam Negara Tommy Thomas meluluskan pelantikan firma itu, Tan, Rajah & Cheah, pada Julai, lapor Bernama yang memetik sumber tidak dinamakan.

Sumber itu berkata kerajaan Malaysia akan memfailkan permohonan di mahkamah tinggi di Singapura terhadap 53 defendan untuk mendapatkan arahan agar wang itu dikembalikan.

Pada 31 Mei, pasukan petugas khas 1MDB berkata Singapura dan Malaysia bersetuju bekerjasama membawa balik wang itu, dipercayai diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara. - 12 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...