Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 September 2018

Ini Kenyataan Timbalan Menteri KDN Isu Pegawai Khas Kantoi Merakam Skirt Wanita..

Kenyataan Media Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Azis Jamman


1. Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.



2. Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan.


3. Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.


4. Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.


5. Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya.


6. Untuk rekod, pegawai tersebut masih belum menerima surat rasmi lantikan bagaimanapun sudah berkhidmat sepanjang saya dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Terima kasih

Dato’ Azis Jamman
Timbalan Menteri Dalam Negeri

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...