Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 September 2018

Merakam Sejarah : DSAI VS Tukar Tiub.

LAPORAN | Aktivis Pakatan Harapan, Hishammudin Rais atau lebih dikenali sebagai Tukar Tiub nampaknya mempertahankan penulisannya mengenai tindakan PKR yang bertegas mahukan campurtangan Anwar Ibrahim dalam pembentukan kerajaan sejurus selepas gabungan itu memenangi pilihanraya ke 14 pada 9 Mei lalu.


Antara lain Isham Rais dipetik sebagai berkata;



1. Anwar Ibrahim mempertikaikan kemampuan Muhammad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.



2. PKR (menerusi DSWA) mahukan Rafizi sebagai Menteri Kewangan.

3. PKR mendesak mesyuarat diadakan di tempat Anwar ditahan ketika itu (Hospital Cheras).


4. PKR tak bersetuju dengan tindakan Mahathir menamakan 3 Menteri utama kabinet baru, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Muhammad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri atas alasan tidak dilibatkan dalam rundingan.

5. Hakikatnya, PKR tak hadir ke perjumpaan kedua meskipun lokasi telah dimaklumkan kerana berkeras mahukan Anwar dilibatkan dalam perbincangan.

6. Gobind, Muhammad Sabu dan Syed Saddiq dihantar menemui Anwar tetapi Syed Saddiq tak dibenarkan masuk.

Baca : PKR Sailang #MalaysiaBaru Dengan Permintaan Tak Masuk Akal!

Isham turut menegaskan penulisannya bertujuan merakam sejarah babak disebalik tabir yang ramai pihak kurang jelas dengan keadaan sebenar.




Anwar kemudiannya menjawab dakwaan Isham seperti yang tersiar menerusi portal The Malaysian Insight bertarikh 2 September 2018; 

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan aktivis politik, Hishamuddin Rais mereka-reka cerita berkenaan pembentukan kerajaan pada Mei lalu dan dakwaan terdapat usaha menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Dia ahli cereka. Jadi dia ada tafsiran sendiri dia dengar, dia tidak ada sumber terus. Dia hanya dengar-dengar bisikan tetapi bisikan itu tengoklah daripada siapa sokong tidak sokong,” kata Anwar ketika bercakap di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Kuala Lumpur semalam.

Dengan menggunakan bahasa keras, Anwar berkata tiada masalah bagi mana-mana pihak menyuarakan pandangan tetapi ia perlu berdasarkan fakta.

“Kadang-kadang dalam politik kita ini menulis membantah menyerang keras, ada yang penjilat keras. Bila menulis jangan jadi penyerang yang ganas tiada fakta atau penjilat.

“Bagi saya kita bagi ruang pandangan masing-masing menafsirkan. Jangan kita marah sangat. Setuju atau tidak setuju itu pandangan masing-masing. Tiada masalah,”
katanya seperti dipetik oleh The Malaysian Insight.



 
Untuk rekod, ahli cereka bermaksud penulis yang menuliskan cerita yang direka dan tidak merujuk kepada fakta.

Tidak menunggu lama, Isham Rais kemudiannya terus menjawab Anwar pada hari yang sama di blognya. Setakat ini, Anwar masih lagi belum memberikan apa-apa kenyataan balas.

Berikut ialah respon Isham Rais;

Tukar Tiub | Saya Hishamuddin Rais terpanggil untuk menjawab pertanyaan media tentang tulisan  saya bertajuk  : Merakam Sejarah - Disailang Lagi - yang disiar dalam kolum saya di MalaysiaKini pada 30 Ogos 2018

Beberapa media cetak dan portal dalam dan luar negara telah membuat laporan bersangkutan dengan tulisan saya ini.

Laporan media ialah juga bersangkutan dengan komen dari Saudara Anwar Ibrahim mengenai tulisan saya.

Saya jelaskan disini. Apa yang telah saya tulis itu adalah fakta. Saya tahu apa yang saya tulis. Ianya bukan rekaan. Ianya bukan desas bin desus,. Ianya bukan cerita tepi jalan. Ianya bukan bisikan sesiapa pun.

Ada babak-babak politik yang telah menjadi berita. Babak politik ini diketahui umum.

Contohnya : Kenyataan Rafizi menolak  pengumuman Mahathir yang telah melantik Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Muhyiddin Yassin sebgai menteri.

Contohnya : Istiadat angkat sumpah lambat.

Contohnya : Pada hari Sabtu 12  Mei 2108 wajah Wan Azizah dan pemimpin PKR tidak kelihatan ketika Mahathir mengumumkan perlantikan awal tiga menteri  -  Muhyiddin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng.

Apa yang saya tulis ialah menerangkan fakta-fakta dibelakang tabir yang melahirkan berita-berita ini. Saya melakar  peta dan mencantumkan berita dan babak ini. Saya ikat berita ini dengan babak-babak latar yang tidak diketahui umum.

Justeru saya memberi pencerahan kepada ornag ramai kenapa angkat sumpah lambat. Kenapa Rafizi mengeluarkan kenyataan menolak lantikan Mahathir. Atau kenapa tidak dilihat muka Wan Azizah pada Sabtu 12 Mei 2018.

Sila ambil perhatian : Babak sejarah juga memiliki sejarahnya sendiri.

Saya lakukan ini sebagai tugas saya  untuk merakam sejarah. Ini untuk rujukan anak cucu cicit kita saperti yang telah dilakukan oleh Tun Seri Lanang dalam Salalatun Salatin. Saperti yang telah dilakukan oleh Abdullah Munshi dalam Hikayat Abdullah.

Saya juga menulis pekara ini kerana dalam beberapa babak saya sendiri ada bersama. Justeru saya wajib berlaku jujur kepada diri saya sendiri untuk merakamkan  apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar.

Saya tidak ambil pot siapa menjadi Perdana Menteri. Mahathir ke? Anwar ke? Azmin ke?  Lim Guan Eng ke?

Sosok-sosok hilang berganti. Menteri ini atau  menteri itu akan hidup dan akan mati. Para menteri ini berpotensi untuk belot. Pada pandangan politik saya yang fundamental bukan sosok atau individu.  Untuk saya yang penting dan fundamental ialah mempertahan agenda reform.

Agenda reform ialah untuk mewujudkan lembaga-lembaga yang demokratik dalam Malaysia Baru dibawah Pakatan Harapan. Hanya dengan perubahan struktural. Ertinya dengan  mewujudkan lembaga daulah yang demokratik. Hanya denga adanya struktur dan lembaga daulah yang demokratik  maka ianya boleh menjamin ruang demokrasi yang anak semua bangsa  menangi pada  5 Mei  2018 akan terus wujud.


Menteri dilantik bukan kerana keluarga, bukan kerana turun temurun atau kerana perhubungan rapat dengan Si Anu atau Si Anu. Orang ramai melantik YB agar YB mempertahan ruang demokarsi dan agihan ekonomi yang adil.

Agenda Malaysia Baru pada saat ini ialah memertahankan ruang demokrasi.

Anak semua bangsa  wajib belajar dari apa yang terjadi di Pilipina. Bagaimana ‘People Power’ dari kemenagan Corazon Aguino (1986) akhirnya hari ini melahirkan Duterte. Kita juga wajib  melihat apa yang telah terjadi di Indonesia.

Anak semua bangsa dan bangsa semua agama  di Malaysia wajib sedar bahawa kemenangan ruang demokrasi pada 5 Mei 018 ini boleh hilang lenyap dalam sakelip mata.

Ruang demokrasi ini berkemungkinan hilang jika  anak semua bangsa tidak menolak sosok-sosok yang gopoh lagi  gelojoh untuk memiliki kuasa. Sosok-sosok yang berebut -rebut untuk mendapat  kuasa. Bukan bangun  mempertahan agenda reform dan ruang demokarsi tetapi untuk mensabotaj agenda reform dan kembali kepada Malaysia lama yang feudal. - 3 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...