Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 September 2018

SPRM, Mahathir, Peguam Semua Terkejut Kes Guan Eng Gugur Tetapi Netizens Tak Terkejut Kerana Dah Jangka.

LAPORAN | Sosial media kecoh dengan kenyataan media SPRM yang mendakwa agensi berkenaan terkejut dengan keputusan mahkamah mengugurkan kes Lim Guan Eng dan menegaskan keputusan tersebut sama sekali tiada kaitannya dengan SPRM sebaliknya diputuskan oleh bahagian pendakwaraya.

"KENYATAAN MEDIA SPRM

SPRM AMAT TERKEJUT KEPUTUSAN MAHKAMAH, PIHAK PENDAKWAAN KES LIM GUAN ENG

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

SPRM ingin menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

3 SEPTEMBER 2018,"
jelas kenyataan ringkas yang tular itu.
Gambar - SPRM
Media melaporkan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membebas dan melepaskan Lim daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.


Mereka dituduh ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, bawah harga pasaran semasa. 


Tinjauan di laman sosial, sejak semalam beberapa netizens didapati telah melakukan 'andaian' dengan beranggapan kes Lim Guan Eng akan digugurkan Peguam Negara.

Nampaknya andaian netizens kali ini terbukti tepat. Sebelum ini badan Peguam Negara juga telah dikritik berikutan Tommy Thomas menarik diri sebagai ketua pasukan pendakwaan kes Najib Razak. 

Sebaliknya tugas tersebut diserahkan kepada Datuk Sulaiman Abdullah yang juga telah melantik Datuk Seri Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan bagi mendakwa Najib.

Antara respon yang tular di sosmed
Sedangkan ketika perlantikan Tommy Thomas dipersoalkan, terdapatnya hujah kononnya hanya Tommy Thomas yang layak dilantik bagi memastikan Najib ke penjara.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut terkejut dengan pengguguran pertuduhan kes rasuah melibatkan Lim Guan Eng berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. 

Perkara itu dilaporkan oleh Malaysiakini yang memetik laporan Bernama sebentar tadi. 

Dan ini pula adalah respon dari Ramkarpal Singh yang turut berada di mahkamah ketika perbicaraan kes Lim Guan Eng. Untuk rekod, Ramkarpal Singh juga adalah peguam Lim Guan Eng dalam perbicaraan dakwaan rasuah yang dikaitkan ke atas pembelian banglo.
Menurut Ramkarpal Singh, pegawai pendakwa SPRM sendiri yang memberitahu mahkamah untuk menarikbalik dakwaan terbabit.

"Tiada sebarang tanda tidak puas hati yang ditunjukkan Masri atau pasukannya," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Laporan polis yang dibuat peguam
Dalam pada itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Khairul Azam membuat laporan polis kerana terkejut dengan kenyataan SPRM yang terkejut kerana kes Lim Guan Eng digugurkan Peguam Negara.
Menurut Khairul Azam, laporan dibuat kerana beliau berpandangan terdapatnya unsur salahguna kuasa berikutan SPRM dan Peguam Negara menunjukkan konflik terbuka berhubung kes pembelian banglo Lim Guan Eng. - 3 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...