Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 3 September 2018

KJ Tak Sokong Sebatan Terbuka Untuk Pesalah Syariah.

Malaysiakini | Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamalauddin berkata, "banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT," selain daripada melaksanakan hukuman sebatan di khalayak ramai.

Khairy mengulas isu hukuman sebatan syarie yang pertama kali di negara ini terhadap dua wanita pasangan LGBT di Terengganu hari ini.




"Banyak lagi cara untuk menangani isu LGBT.

"Walaupun termaktub dalam undang-undang, tak wajar dilaksanakan sebatan di khalayak ramai.

"Islam mengajar kita untuk menjaga maruah setiap manusia. Dan belas ihsan lebih diutamakan daripada hukuman,"
kata bekas calon presiden Umno itu pada suatu hantaran Twitter.

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap dua wanita berkenaan kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.


Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding berkata hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat. - 3 September 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...