DIUGUT dan didakwa menyebarkan fitnah ke atas kerajaan negeri. Itulah kenyataan Hishamuddin Abdullah di akaun Facebooknya selepas membuat LIVE FACEBOOK tentang kerosakan teruk Taman Tamadun Ilmu di Besut, Terengganu pada minggu lepas.
Baca laporan pertama kami disini : MB Terengganu kata gambar edit, netizens akan dedahkan bukti secara LIVE.
Menurut Hishamuddin, beliau telah diugut kerana melakukan pencerobohan di beberapa lokasi Taman Tamadun Ilmu bagi memberikan bukti LIVE kepada netizens bahawanya gambar-gambar sebarannya adalah gambar terkini dan bukannya gambar lama seperti dakwaan Datuk Seri Ahmad Razif sebelum ini.
"Hari ni selepas edisi terjah dan bongkar, aku diugut mereka kerana menceroboh dan mengfitnah pihak kerajaan dan sekarang mereka tambah lagi pihak keselamatan untuk bertugas disana," katanya pada jumaat lepas.
Menurut Hishamuddin lagi, kabel dan segala barangan penting di dalam bangunan stadium Taman Tamadun Ilmu sebenarnya telah dicuri oleh bahkan dicuri secara terang-terangan.
"Harta yang hampir 400 juta dan hampir siap, mereka biarkan begitu sahaja tanpa ada pengawalan kerajaan negeri Terengganu sehingga mudahnya bapak segala perompak dan pencuri menunaikan tugas mereka.
Sehinggakan lori dan jentolak pun masuk sewenang-wenangnya mengambil cable dan barang-barang didalamnya. Berapalah gaji untuk membayar petugas keselamatan bagi menjaga harta kepunyaan Negeri Terengganu di Taman ILMU..
Ditimbunnya tiang letrik yang tumbang disetiap pintu depan Taman Ilmu untuk menghalang sesiapa masuk. BUAT APA? Hey, FIKIRLAH dengan AKAL yang WARAS, kenapa selepas dibongkar baru kamu nak jaga?
Sebelum ini kamu hanya menyaksikan kemusnahan tanpa ada sedikit pun penyesalan. Kamu tak pernah rasa rugi.. Pasal bukan duit kamu. Sebaliknnya kekayaan yang diperolehi oleh kroni-kroni kamu itu membuatkan mereka senang.
Sebenarnya pihak kamu hanya mementingkan diri sendiri tanpa fikir apa khidmat sebenar kepada rakyat. JANGAN JADI KURANG CERDIK. FIKIR SEBAIKNYA, bukan mencari dalih dan janji bersama angan-angan kosong untuk menipu berkali-kali. Tell the truth behind. SIASAT sampai lumat," katanya lagi.
Ini mengesahkan laporan portal pro BN, teganukita.net yang menulis : "Menurut beberapa sumber tempatan, keseluruhan bangunan tersebut diberikan kawalan keselamatan yang sempurna sehinggakan berlakunya kecurian dan pencerobahan yang cukup terancang.
Tiang lampu limpah (highmast) tersebut yang tingginya kira-kira 30 meter dan berat dianggar tiga tan ditumbangkan sebanyak empat unit tanpa meninggalkan kesan hentakan yang kuat dipermukaan tanah dan trek balapan di mini stadium.
Ianya hanya boleh dilakukan menggunakan jentera berat serta membuktikan bahawa tenaga manusia tidak dapat menumbangkan tiang tersebut.
Apakah ianya satu jenayah terancang yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan melakukan jenayah mencuri dan merompak?
Melapor biarlah tepat dan betul dan bukannya bermotifkan politik serta sama-sama membantu agar apa yang diusahakan kerajaan menjadi kenyataan," kata portal itu pada rabu.
Kononnya berlaku kegiatan kecurian besar-besaran dan sangat terancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sudahkah kerajaan negeri membuat laporan polis tentang kecurian yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit ini? Timbul satu persoalan baru.
Malahan, netizens turut mempertikaikan jika kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca dan jumlah kerugian sebenar Taman Tamadun Ilmu yang menyebabkan Terengganu terpaksa menanggung beban kerugian jutaan ringgit.
Sebelum ini, pihak kami melaporkan penafian kerajaan negeri menerusi kenyataan Ahmad Razif yang berkata gambar-gambar kerosakan Taman Tamadun Ilmu adalah gambar lama dan menyeru agar kesemua pihak berhenti menyebarkan fitnah.
Untuk rekod, Taman Tamadun Ilmu dirancang pada tahun 2004, bagi mewujudkan hub pendidikan utama di negeri Terengganu.
Idea itu diilhamkan oleh Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh dan kos asal projek dianggarkan bernilai 400 juta Ringgit Malaysia.
Tanah seluas 280 hektar di Tembila, Besut dipilih menjadi lokasi utama dan pembinaan bermula pada tahun 2007 dengan peruntukan awal RM300 juta.
Bagaimanapun sejak tahun 2012, projek itu mula menjadi topik pertikaian politik di antara parti pembangkang dan kerajaan apabila satu demi satu kelemahan projek itu didedahkan dan dipertikaikan oleh blok-blok pembangkang. - 23 Februari 2018.