Ini Punca Sebenar Kenapa Orang Asli Buat Sekatan - Jawapan Kepada Mohd Amar. - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Februari 2018

Ini Punca Sebenar Kenapa Orang Asli Buat Sekatan - Jawapan Kepada Mohd Amar.

SEMALAM, Malaysiakini melaporkan kenyataan
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dipetik sebagai berkata pihaknya tidak mengetahui punca sebenar yang mendorong kepada tiga sekatan laluan di Hutan Simpan Gunung Stong Selatan sejak khamis minggu lalu.
"Saya tak dapat nak komen lanjut sebab tak tahu apa isu sebenarnya. Kita sedang tunggu laporan," katanya, dalam laporan itu. 

Mohd Amar turut dilaporkan berkata, sedang menunggu kertas laporan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan siap dibentangkan kepada semua pihak yang terlibat dan selepas itu barulah beliau boleh memberikan respon yang sewajarnya.
"Wakil kerajaan negeri adalah JPNK, mereka sedang siapkan laporan, mungkin (siap) dalam minggu ini.
"Melalui laporan itu baru kita boleh follow up (buat tindakan susulan)," katanya dalam laporan itu.
Sumber kami memaklumkan, pihak rundingan telah menghantar surat rasmi lebih dari tiga kali untuk berjumpa sendiri dengan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan masalah pembalakan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun tiada respon diterima dari mana-mana wakil kerajaan.

Beberapa perjumpaan turut dilakukan dengan pihak JPNK, JAKOA, Suhakam tetapi masalah masih berlarutan berikutan tiadanya penglibatan rasmi dari wakil kerajaan negeri. 

Sumber kami turut memaklumkan respon 'luarbiasa' dari Mohd Amar yang kami jangkakan sepatutnya sudah faham masalah yang wujud namun kami tidak akan melaporkan kenyataan itu disini.

Berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak kami lagi, sekatan itu berlaku kerana berpunca daripada aktiviti pembalakan yang berlebihan dan semakin lama semakin berleluasa sehingga menjejaskan kehidupan Orang Asli di kawasan berkenaan. 

Perkara ini bukanlah benda yang baru disuarakan bahkan seringkali dibangkitkan oleh Orang Asli setiap tahun terutamanya selepas Bah Kuning 2014 berlaku.

Bagaimanapun, suara dan hak mereka dinafikan.
3 sekatan terpaksa dibuat di laluan, Pos Gob, Pos Tohoi dan Pos Simpor dengan menampalkan mesej-mesej pemberontakan menerusi kertas yang turut dipamerkan di sepanjang laluan sekatan jalan yang dibuat.
Dengar suara kami
"Banjir 2014 angkara siapa", "Kami bantah projek berskala besar", "Kami Orang Asli menjadi pengemis di tanah dan negeri kami sendiri. Suara kami tidak didengari", "blockade, sekatan jalan-jalan pembalakan", "Kami sayang hutan. Pelihara hutan kami", antara mesej-mesej pemberontakan yang tertera di atas kertas manila itu.
Pusat Komas turut menulis, "Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) sekatan yang didirikan sendiri di Gua Musang, Kelantan pada 16 Feb 2018. 
3 Kampung Orang Asli (Orang Asli) sebahagian besarnya terjejas oleh pembalakan yang berlebihan. Orang Asli ditolak hak tanah adat mereka untuk hidup dan mengamalkan budaya mereka. 
Kawasan yang terjejas secara langsung ialah Pos Pasik dan Kuala Wok. Persoalannya masih dijawab ialah mengapa Jabatan Perhutanan tidak mengawal pembalakan yang berlebihan ini dan Jabatan Alam Sekitar tidak berdiam diri terhadap kesan eko-sistem dan alam sekitar. 
Adakah syarikat pembalakan memegang lesen yang sah? Siapa yang menjaga pemantauan bilangan pokok yang ditebang dan keberlanjutan hutan? 
Kerajaan Negeri Kelantan melakukan apa sahaja untuk memelihara hutan? Malaysia menggalakkan pembangunan Mampan dan Matlamat 15 mengenai penebangan hutan, ekosistem kelihatan seperti Malaysia tidak konsisten dengan dasar dan agendanya di peringkat bawah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Terdahulu pada 19 Februari, Jabatan Perhutanan Kelantan dilaporkan telah memberikan nasihat kepada penduduk Orang Asli di Gua Musang agar tidak mengganggu atau menghalang tugas penjawat awam yang melakukan tinjauan berhubung sekatan terbaru di kawasan pedalaman.
Pengarah Perhutanan Kelantan, Datuk Zahari Ibrahim dipetik sebagai berkata, pihak­nya sedia maklum dengan tiga sekatan terbaru yang dibina di Kuala Woo, Pos Pasik, Cawas, Pos Bihai dan Tohoi, Pos Bring dan telah menghantar pegawai untuk membuat tinjauan tetapi Orang Asli tidak boleh menghalang tugas penjawat awam yang mahu melakukan tinjauan seterusnya menghantar maklumat kepada kerajaan negeri katanya.

“Pihak jabatan telah menghantar pegawai kita untuk membuat tinjauan menyeluruh bagi mengkaji tindakan yang perlu diambil. 

Laporan itu akan dibawa ke pihak kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

Cuma kami ingin memberi nasihat kepada penduduk Orang Asli kalau boleh tidak menghalang tugas pegawai ini membuat pemantauan. Jika ingin menghalang pihak pembalak itu merupakan hak mereka,” katanya seperti laporan Kosmo Online.

Siti Kassim dalam satu kenyataan pula menafikan sekatan di laluan pembalakan didalangi oleh dirinya ataupun pihak luar. Ini katanya lagi, Orang Asli sebenarnya mampu berfikir untuk mempertahankan hak mereka tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. 

Penafian dibuat kerana terdapat spekulasi dan dakwaan yang menuduh Siti Kassim antara individu yang mempengaruhi Orang Asli bagi melakukan sekatan.

Dan Siti Kassim juga menegaskan dirinya hanya berperanan sebagai peguam dan menyampaikan apa yang dituntut oleh Orang Asli mengenai hak-hak mereka tentang tanah adat dan isu pembalakan.

Menurut Siti Kasim lagi, beliau dimaklumkan oleh Orang Asli bahawanya terdapat pegawai dari Jabatan Perhutanan yang mengakui sebagai ahli NGO tetapi memakai ves yang tertera logo Jabatan Perhutanan Kelantan justeru itu pegawai tersebut tidak dibenarkan masuk ke laluan yang disekat.

Bagaimanapun Siti Kassim turut menasihati agar tiada mana-mana pihak melarang penjawat awam dari masuk ke lokasi sekatan kerana ia akan dianggap menghalang tugas penjawat awam.  



Dalam perkembangan berkaitan, Siti Kassim turut memaklumkan yang beliau diberitahu terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah membayar sesetengah Orang Asli untuk membuat demo di kawasan sekatan. 

Sedangkan pada 21 Februari lepas, Pusat Komas melaporkan yang JPNK bersama JAKOA dan APM bersetuju untuk menasihati kerajaan Kelantan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan terjejas dan memohon agar pihak kerajaan menggantikan kawasan lain kepada pengusaha ladang yang telah mendapat kelulusan.

Maka, tindakan membayar sesetengah Orang Asli untuk melakukan demo dianggap mempunyai niat tertentu dan bermotifkan sabotaj.


Pada semalam pula, salah seorang aktivis Orang Asli yang menggunakan id Kropok Lekor memaklumkan bahawanya kumpulan blockade didakwa telah melakukan kecurian barang-barang milik syarikat pembalak bagaimanapun kumpulan Orang Asli itu menafikan mereka melakukan kecurian.

Mereka sebaliknya, meminta agar pekerja itu membuat laporan polis bagi mengesahkan dakwaan itu. Tambahan pula, wakil orang Asli didakwa mencuri ketika sedang mengiringi pegawai tinggi kerajaan, pihak polis dan APM ke lokasi-lokasi terjejas dek aktiviti pembalakan, ia adalah sesuatu yang mustahil katanya.

"Kami juga menganggap bahawa tuduhan ini adalah tudahan yang berniat jahat kerana ketika kami masuk untuk menggiringi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Polis dan JPAM. Masakan mungkin wakil yang mengiringi rombongan masih boleh mencuri," katanya dalam satu kenyataan. - 23 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...