Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 September 2017

Memahami Undi Orang Muda.

Oleh : Nome Nozwir
MEMAHAMI UNDI ORANG MUDA
Di Amerika, terdapat satu pepatah; setiap kali SJW (social justice warrior) melalak, Republican akan memperoleh satu undi.
Saya masih ingat lagi ketika saya mula-mula mengundi pada pagi 8 Mac 2008, saya lihat ramai pengundi yang seusia dengan saya mula turun mengundi buat kali pertama. Ramai yang pakai skinny jeans dan pakai baju band Hujan, atau Saya Sayang Mak Saya beratur untuk turun mengundi.
Ramai yang turun mengundi untuk menuntut perubahan. Ini kerana terdapat beberapa faktor global dan tempatan yang menyebabkan begitu ramai orang muda turun mengundi pada pagi tu.
Krisis ekonomi global, ketidakpuasan hati terhadap sistem dan banyak lagi krisis yang melanda menyebabkan orang muda turun dan mengundi pembangkang, mengakibatkan tsunami politik pada pasca PRU itu.
Generasi saya - millennials adalah generasi yang mahu memprotes keadaan semasa. Pada tahun 2008 juga, sentimen sama dari millennials telah mengakibatkan Barack Obama menang PRU Presiden Amerika.
Mengikut pemerhatian saya, generasi saya ini paling ramai melahirkan golongan yang mahu jadi pejuang - dari antifa ke SJW yang menuntut perubahan yang 'progresif', whatever it means.
Generasi ini yang terpengaruh dengan lirik lagu Rage Against The Machine, Tupac atau lagu Butterfingers - Tentang-Tentang, adalah generasi yang merasakan dalam diri mereka ada Che Guevara dan bersemangat mahukan perubahan.
Sembilan tahun selepas tsunami politik, dan selepas dua kali mengundi, muncul satu lagi generasi muda. Generasi muda ini melihat abang-abang dan kakak-kakak mereka sebagai generasi yang suka melalak dan acah-acah rebel.
Mereka melihat generasi saya sebagai 'poyo' dan 'acah-acah penting' dan mereka menyampah, mengakibatkan mereka menentang politik yang dibawa oleh generasi saya.
Saya teringat ketika di satu petang ketika melepak di pantai Teluk Cempedak di Kuantan pada tahun lepas, ketika sedang melepak bersama budak-budak raver di sana.
"Poyo gila dorang ni. Semua benda tak puas hati," ujar Alep yang berusia 18 tahun dan belajar di KYP.
"Maryam Lee ni nak apa lagi memekak? Diam je lah," kata Sheera yang berusia 20 tahun yang belajar di INTI College, Kuantan.
Memperkenalkan, Generasi Z, generasi yang dikatakan paling konservatif sejak Perang Dunia Kedua, menurut pengkaji cohort generasi.
Mereka yang ramai bergerak melalui 4chan dan menjadi troll dengan menggunakan Pepe The Frog sebagai maskot mereka, menyokong Trump bukan kerana mereka rasis, tetapi mereka menyampah dengan golongan SJW yang bersarang di dalam Parti Demokrat.
Mereka bukanlah golongan konservatif, bagi saya. Mereka cuma sinikal dan merasakan golongan acah-acah pejuang ini sebagai poyo dan tidak menepati citarasa mereka untuk mereka sokong.
Mereka memerhatikan abang-abang dan kakak-kakak mereka menyalak di jalanan atau di sosial media, dan mereka mengatakan abang-abang dan kakak-kakak mereka ini kuat merengek dan ada je benda yang mereka tidak puas hati.
Dan jika di Amerika, golongan SJW ini bersarang di Parti Demokrat, di Malaysia, mereka bersarang di dalam parti pembangkang seperti PKR atau DAP. Walaupun di kalangan SJW ini ramai yang bebas dari politik kepartian, namun mereka dilihat condong untuk berpihak kepada pembangkang.
Orang seperti Nurul Izzah, Marina Mahathir, Syed Saddiq, dan to the extend Dyana Sofea dilihat sebagai membawa aspirasi politik mereka.
Dan kerana itu, terdapat satu penentangan dari generasi muda hari ini terhadap SJW yang dilihat cuba menjadi polis minda (thought police) dengan political correctness dan agenda liberal. Dan kerana itu ramai yang condemn SJW di media sosial ni terdiri dari Generasi Z.
Dan memandangkan pilihan raya semakin hampir, semakin kuat golongan SJW ini menyalak untuk daftar undi, dan mengkritik golongan yang tidak mahu mengundi ini - kerana golongan SJW ini expect golongan muda ini akan berjuang macam mereka pada tahun 2008 dulu.
Guess what, mereka menolak idea dan falsafah kamu dan ini adalah hakikat. Hakikat bagaimana Donald Trump menang, Brexit, dan kebangkitan parti sayap far right seperti Front National di Perancis dan AfD di Jerman meningkat.
Dan seperti mana kejatuhan Parti Demokrat dan Hillary Clinton di Amerika Syarikat kerana faktor pengundi muda, begitu jugalah dengan Pakatan Harapan di Malaysia. Ini kerana seperti mana golongan SJW yang membawa agenda liberal bersarang dalam Parti Demokrat di Amerika, begitu jugalah golongan SJW yang membawa agenda liberal, bersarang di Pakatan Harapan.
Bila satu pagi ketika berehat dari memetik cendawan di tepi ladang lembu, saya terbaca artikel dari The Malaysian Insight mengenai kenyataan Ketua AMK PKR, Nik Nazmi yang mengatakan mereka yakin Pakatan Harapan mendapat sokongan dari undi orang muda terutamanya millennials.
Saya ketawa dan merasakan Nik Nazmi dan geng-geng Pakatan Harapan masih lagi bernostalgia dengan 2008. Mungkin baju 'Saya Sayang Mak Saya' atau 'Saya Jiwa Kosong' dah jatuh ke kategori rare item, takde siapa yang masih pakai lagi baju tu sekarang.
Generasi muda sekarang ialah Gen Z, bukan millennials. Millennials dah tua dah.
Dan kalau Nik Nazmi kata golongan muda itu millennials, saya percaya dia mesti perhatikan tweet-tweet SJW dan para liberal di Twitter tetapi dia lupa geng Apache Sereng, geng ravers, geng Suzuran dan geng budak-budak shuffle pakai kasut Supra warna hijau fluorescent yang dahulunya menghiasi di sekitar Pavi, dah boleh mengundi. Dan mereka menyampah dengan politik 'acah-acah perjuangan' yang dibawa pembangkang.
Dan saya akhiri tulisan ini dengan satu pepatah; di Malaysia, setiap kali SJW melalak, Barisan Nasional akan memperoleh satu undi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...