Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 28 September 2017

Isu Dobi Muslim Masuk Mesyuarat Kabinet - Menteri Takde Kerja Ke Kritik Netizens.

Banyak lagi isu lain yang patut dibincangkan dan ditekankan oleh pihak kerajaan daripada membahaskan perniagaan milik individu yang bebas melakukan apa sahaja jenis perniagaan selagi mana tidak melanggar undang-undang perniagaan di negara ini. Itulah antara luahan netizens yang agak marah apabila membaca media yang melaporkan isu dobi muslim akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk dibincangkan oleh jemaah menteri.


Pada semalam Sinar Harian melaporkan kedai dobi yang mensasarkan pelanggan muslims di Muar akan dibawa ke dalam mesyuarat kabinet untuk dibincangkan. Laporan itu turut memetik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menyifatkan perkara tersebut bertentangan dengan pendirian kerajaan.

"Saya lega bila mendapat tahu pusat dobi tersebut membuat keputusan untuk membuang papan tanda (bersifat) diskriminasi dan mula menyediakan khidmat cuci kepada orang bukan Islam," katanya dalam laporan tersebut.


Menteri itu turut membayangkan mewujudkan dobi muslims adalah seumpama dengan bertindak ektremis dan perkara-perkara seperti itu tidak akan diberi tolak ansur oleh kerajaan. 
 
"Kita perlu menolak sebarang unsur ekstremis dan diskriminasi dalam masyarakat berbilang kaum kita yang bangga mengekalkan status sebagai negara yang progresif. "Tidak pernah dalam polisi kerajaan menyokong unsur sedemikian," katanya lagi.

Dalam pada itu majoriti netizens mempertikaikan tindakan kerajaan membawa perkara berkenaan ke dalam mesyuarat kabinet. Ada di antara mereka yang membandingkan isu arak yang tidak dibawa ke mesyuarat kabinet sedangkan perkara tersebut mendatangkan mudharat besar dari segi kesihatan dan masalah sosial kata mereka lagi.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa kerajaan tidak membawa kes penipuan yang membabitkan pembelian rumah murah yang dikaitkan dengan dua orang wakil rakyatnya yang mana isu berkenaan lebih penting kerana menyentuh kepentingan rakyat di samping intergriti pihak-pihak yang dinamakan mempunyai kaitan dengan skandal tersebut.


Dan ada juga yang menyindir kerajaan apakah isu songlap 40 juta juga dibawa bincang ke dalam kabinet. 

"Bincang isu remeh. Kalau nak bincang, bincanglah kenapa 40 juta boleh lesap kena curi dengan orang kau," sindir Tepayanki Tepanyaki.

"Penting ke nak dibawa berbincang ni? Bukan dah minta maaf? Bukan dah tarik balik notis? Bukan Sultan Johor dah selesaikan isu? Kenapa menyibuk? Baik jaga urusan korang je lah!," respon Nurudin yang kelihatan seperti marah.

"Aku ke yang bodoh bila terfikir banyak lagi masalah-masalah rakyat yang patut kerajaan bincangkan daripada sibuk isu terpencil," kata Ahmad Rashid. 

"Kita bersangka baik. Sebenarnya kerajaan dah berjaya selesaikan semua masalah rakyat. Tu yang banyak masa bincang benda bodoh," perli Norul.

Disamping menyindir kerajaan, ada juga pihak-pihak yang mempersoalkan diskriminasi kerajaan bila membincangkan isu berkaitan kepentingan dan sensitiviti umat Islam. Sesetengah netizens pula ada mengulas dengan membayangkan apa yang pemilik dobi lakukan adalah atas tajuk agama dan syariat Islam. 

Oleh itu ia tak sepatutnya dibawa ke mesyuarat kabinet jika tujuannya untuk menghalang atau mempersendakan usaha umat Islam ataupun dikaitkan dengan ektremisma kata mereka lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...