Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 3 Mac 2017

Keterbukaan MAZA Terima Kunjungan Ustaz Khairuddin Terima Pujian Ramai Namun Debat Perlu Diteruskan Kata Netizens.

Pagi tadi facebook Ustaz Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis yang juga dikenali sebagai MAZA menarik perhatian ramai pihak terutamanya golongan muslim.

Ini berikutan MAZA berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan kunjungan Ustaz Khairuddin At Takiri ke rumahnya di Kangar.

MAZA turut menulis, beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Khairuddin atas ziarah ukhuwwah tersebut dan berbincang selama 2 jam secara hormoni dan cuba memahami sudut pandangan masing-masing.

"Beliau datang sendirian dari jauh atas persahabatan antara kami. 

Selama 2 jam kami berbincang penuh harmoni dan cuba sering memahami sudut pandang masing-masing. Selepas ziarah beliau terus berangkat pulang ke Trengganu. 

Semoga Allah memberikan keselamatan untuk perjalanannya", kata MAZA dalam status berkenaan.


Gambar Oleh MAZA.
Kunjungan itu susulan dari 'pertengkaran kecil' antara kedua-dua tokoh agamawan itu berhubung isu RUU355. 

Sebelum ini pakar hadith, Ustaz Rozaimi telah menyebarkan satu kandungan video ceramah Ustaz Khairuddin yang dikatakan mahu menyekeh kepala mufti yang tidak bersetuju dengan pindaan RUU355. 

Ramai percaya ia ditujukan kepada MAZA berikutan MAZA sebelum ini telah memperjelaskan pandangannya secara panjang lebar tentang pindaan akta RUU355.

Baca : Pros dan Cons RUU355 Oleh MAZA.

Lalu anjuran debat disarankan bagi tujuan meraikan perbezaan pendapat secara matang.

Dalam pada itu, tinjauan kami di status berkenaan mendapati ramai pihak menyatakan pujian kepada kedua-dua individu tersebut. Menurut netizens, penyokong kedua-dua pihak cuba bersikap batu api dan melaga-lagakan Ustaz Asri dan Ustaz Khairuddin apabila dengan sengaja memperbesarkan hal remeh.

Respon Netizens

"Syabas Dr. MAZA dan Ustaz Khairuddin, saling meraikan walau berbeza pandangan. Moga menjadi contoh kepada para agamawan yang lain", respon Duone Matdin.

Abu Zafirah pula berkata, "Aku dah kata, Dr. MAZA ini bagus orangnya. Satu-satunya mufti yang berani dan berterus-terang. Mufti yang lain tu lebih menjaga perut je".

"Bagus sifat YB sanggup pergi jauh beratus kilometer berukhwah demi Islam, bukannya menggunakan media untuk menjatuhkan maruah", kata Awe Pyean pula.

Namun bukan semua pihak bersetuju dengan pandangan majoriti netizens. Ada yang memberikan respon yang berbeza terhadap tindakan Ustaz Khairuddin juga. 

"Tindakan terdesak. Kerana tahu tak mampu melawan dan tidak boleh menang maka jalan selamat adalah cuba berdamai. Walaupun belum debat, PAS dah kalah 1 - 0, cubaan damai untuk menyelamatkan Hadi dari dimalukan", kata Eidesman Amrie.

"Alhamdullilah, harap-harap Dr.MAZA tidak kena sekeh", sindir Afyan Mat Rawi pula.


Meskipun kunjungan tersebut berakhir dengan perdamaian namun terdapat sesetengah pihak berpandangan perdebatan tentang RUU355 patut diteruskan bagi membentuk pembudayaan ilmu secara matang, perbezaan pendapat secara sihat. 

Bagi mereka, adalah lebih baik pihak yang menentang dan menyokong pindaan RUU355 dapat duduk sepentas dan menyuarakan pandangan masing-masing untuk dinilai masyarakat awam. Anda, bagaimana pula? Setuju atau tidak wancana tentang RUU355 diteruskan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...