Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Mac 2017

Kes Penculikan Paderi Raymond - Apa Yang Anda Patut Tahu Dan Kenapa Kes Ini Sangat Misteri..

Nama Paderi Raymond Koh Keng Joo secara tiba-tibanya menjadi tular sejak 2 minggu yang lepas berikutan beliau diculik secara terbuka di waktu siang hari di kawasan perumahan.



Apa yang kita tahu setakat ini?

Siapakah Paderi Raymond Koh Keng Joo?

1. Seorang paderi yang disenangi ramai orang, bukan dari kalangan orang yang kaya raya atau mempunyai banyak aset/harta

2. Tiada mempunyai musuh 

3. Berusia 62 tahun

4. Mempunyai pusat Harapan Komuniti

5. Giat membantu orang ramai terutamanya yang kesusahan juga terlibat dalam aktiviti mengembangkan ajaran Kristian.

6. Pusat tersebut juga menganjurkan kelas percuma untuk pelajar dan kelas bahasa inggeris percuma untuk orang dewasa.

7. Pada tahun 2011, nama Paderi Raymond pernah menjadi highlight di media berikutan satu serbuan yang dilakukan oleh JAIS. JAIS telah menyerbu satu majlis makan malam bagi mengutip dana di Damansara Utama Methodist kerana kehadiran beberapa orang muslim dalam majlis berkenaan. Kononnya majlis itu bertujuan untuk memurtadkan muslim namun dakwaan tersebut gagal dibuktikan JAIS berikutan kekurangan bukti (sumber).

8. Ketika itu juga Paderi Raymond telah menerima ancaman peluru menerusi surat dan membuat laporan polis namun pihak kami tidak mengetahui perkembangan susulan tentang hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis.

Bagaimana beliau diculik?

1. Secara terbuka di waktu siang hari pada 13 Februari 2017, iaitu pada hari yang sama Kim Jong Nam mati dibunuh.

2. Penculikan Paderi Raymond berlaku pada jam 10 pagi.

3. Penculikan tersebut ialah penculikan terancang melihatkan kepada CCTV yang mulai tersebar sejak kelmarin. Dan paling penting ia adalah kerja dari kumpulan yang terlatih dan mahir dalam mengendalikan operasi khas.

4. Dalam CCTV tersebut, jelas menunjukkan 7 kenderaan dan 15 orang lelaki bertopeng bagi menjalankan satu operasi menculik Paderi Raymond.

5. Paderi Raymond diculik di jalan SS4B/10, Petaling Jaya.

Baca : CCTV Penculikan Raymond Koh Tersebar

Bukan kerja UTK - Blogger Steadyaku

Dalam satu analisis yang pihak kami baca di blog Steadyaku, operasi penculikan itu jelas dilakukan oleh sekumpulan pihak yang mahir namun masih belum cukup terlatih. Jika ianya kerja UTK, operasi penculikan akan berjaya ditamatkan kurang dalam masa 20 saat tanpa saksi, tanpa bukti tanpa rakaman.

Operasi penculikan yang dilaporkan mengambil masa sepanjang 40 saat itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan pihak yang terlatih dalam operasi ketenteraan.

Adakah militan?

Itu yang menjadi spekulasi umum kini. Adakah satu kumpulan yang mempergunakan agama merancang satu penculikan bagi melakukan desakan ke atas pihak tertentu atas nama menakut-nakutkan orang awam atas sesuatu sentimen? Orang ramai berteka-teki.

Jangan buat tangapan sendiri - PDRM

PDRM dalam pada itu akan menyiasat rakaman CCTV yang mulai tular sejak kelmarin. Menurut laporan media, PDRM menyatakan sumber dan kesahihan video berkenaan akan diteliti dalam satu respon kepada soalan wakil media.

PDRM juga menasihati orang ramai agar jangan membuat sebarang spekulasi bagi menimbulkan kekacauan dan kebimbangan umum.

Polis sebelum ini memaklumkan telah menubuhkan satu siasatan khas bagi menyiasat misteri kehilangan Paderi Raymond Koh. Terdapat tanggapan bahawanya tindakan penculikan tersebut ada kaitan dengan unsur keagamaan. 

Bapa saya mungkin telah mati dibunuh oleh muslim kata anak.

Jonanthon Koh pada 3 Mac lepas telah membuat satu lagi laporan polis yang mengatakan dia berpendapat bapanya telah mati dibunuh oleh kumpulan Islam (militan) dalam satu percubaan untuk menekan kumpulan non-muslim di negara ini.

Ada kaitankah Raymond Koh dengan RUU355?

GospelHerald turut melaporkan minggu ini parlimen Malaysia akan bersidang bagi membahaskan satu pindaan berhubung akta RUU355 ketika menulis satu laporan tentang kehilangan Raymond Koh.

Hasil semakan kami, terdapat beberapa komen dan respon netizens yang mempunyai pemikiran yang serupa di laman sosial. Membayangkan jika terdapat percubaan bagi menekan kelompok minoriti di Malaysia.

Pulangkan Paderi Raymond Koh, jangan bunuh dia, jangan bunuh dia atas nama Islam atau apa juga sebabnya.

Dalam pada itu respon netizens terutamanya muslim berharap agar Paderi Raymond dipulangkan kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat.

Di kalangan mereka juga berharap agar pihak yang mahu mencederakan Paderi Raymond Koh tidak meneruskan perbuatan tersebut terutamanya sekali mengaitkan Islam dalam tindakan itu.

Ratusan Berhimpun Doakan Keselamatan Pastor Raymond
Ratusan Berhimpun Doakan Keselamatan Pastor Raymond
Di mana Paderi Raymond Koh?

Persoalannya bukan sekadar siapa dan mengapa tetapi adakah masih hidup? Adakah Paderi Raymond Koh masih bernyawa dan bernafas? Paderi Raymond Koh telah diculik lebih dari 2 minggu dan sepanjang 2 minggu itulah tiada sebarang berita dari penculik termasuklah panggilan meminta wang tebusan. Isteri beliau dilaporkan tidak mampu tidur dan terlalu risau akan keadaan suaminya. Meskipun jumlah wang ganjaran telah dinaikkan pihak keluarga masih tidak menerima sebarang petunjuk tentang kejadian tersebut.

Di mana Paderi Raymond Koh? Adakah beliau masih bernafas? Ya, itulah persoalan yang difikirkan oleh masyarakat dan ahli keluarganya kini. 

Updated : Polis pada 8 Mac lepas telah membuat satu tangkapan ke atas seorang suspek yang dipercayai meminta wang tebusan ke atas keluarga Paderi Raymond. Individu itu dilaporkan telah membuat tuntutan wang menerusi SMS kepada anak Paderi Raymond pada 7 Mac dan susulan dari tindakan itu, polis berjaya memberkas suspek pada 8 Mac. Tiada perkembangan susulan dari tindakan itu.

Yang menjadi tanda-tanya. Mesej meminta wang tebusan itu timbul selepas masyarakat berspekulasi motif penculikan Paderi Raymond. Kerana hampir sebulan diculik, barula individu mahu tampilkan diri meminta wang tebusan. Soalnya, mengapakah dikala masyarakat mempertikaikan kenapa tiada panggilan meminta wang tebusan dibuat tiba2 individu itu muncul - mari sama2 fikirkan sebabnya.  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...