Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Mac 2017

Jangan Robohkan Rumah Pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang!

Kepada,
Ketua Pengarang Bahagian Berita /Newseditor,
Suratkhabar , TV & Radio, Media Massa
JANGAN ROBOHKAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG !

MEMORANDUM KEPADA DATO MENTERI BESAR SELANGOR
Malaysian Airports Holdings Berhad telah menyerahkan surat NOTIS PENGOSONGAN menghalau dan merobohkan rumah kami rumah pegawai masjid di perkarangan Masjid Lapangan Terbang Subang yang telah kami duduki dan berkhidmat dengan masjid selama lebih 20 tahun !
MAHB, malangnya tidak mengadakan rundingan tetapi menyerahkan notis berunsurkan ugutan dengan menyatakan bahawa kami diberikan tempoh 14hari untuk mengesahkan penerimaan tawaran dan mengosongkan premis dan gerai dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat akuan itu diterima. Dan jika kami tidak menerima tawaran tersebut, maka MAHB akan mengambil tindakan undang –undang dibawah Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara dengan kerjasama daripada pejabat tanah dan galian persekutuan dan PEJABAT TANAH DAN DAERAH PETALING.
MAKA KAMI AMAT KECEWA PENTADBIR TANAH PETALING DIBAWAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR INGIN MEROBOHKAN RUMAH DAN KEDAI KAMI BAGI SYARIKAT SWASTA MAHB , Justeru itu kami akan menyerahkan memorandum kepada Dato’Menteri Besar Selangor seperti berikut ;
Tarikh : 7hb.Mac,2017
Masa : 10.30pagi
Tempat : Lobby Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, SUK, Shah Alam.
Kami amat berharap pihak Media akan hadir untuk membuat liputan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 010-2580455/ 010-297 9707.
Sekian terima kasih.
A. Sivarajan
Setiausaha Agung PSM

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...