Video tersebut menyenaraikan bilangan jumlah tentera yang berada di kedua-dua buah negara berserta aset-aset strategik dan perang yang dimiliki oleh kedua-dua negara.
Video tersebut disediakan oleh pengendali laman web, http://www.vsbdefense.com/ iaitu website yang mengkhususkan membincangkan isu ketenteraan di internet.
Dilaporkan Korea Utara antara 4 buah negara di dunia yang memiliki bilangan tentera yang terbanyak di dunia. Bilangan askar aktif di Korea Utara dianggarkan seramai satu juta lebih iaitu 1,195,000.
Berbanding Malaysia yang dianggarkan memiliki tentera aktif seramai 136,000 dan askar simpanan seramai 312,000. Jumlah ini masih terlalu jauh dibandingkan dengan bilangan askar yang dimiliki oleh Korea Utara.
Apa yang menarik ialah, rata-rata Youtubers yang meninggalkan respon di video berkenaan memilih untuk menyokong Malaysia dan mengkritik pemerintahan kuku besi Kim Jong Un dan Korea Utara.
Ini antara komen-komen di video berkenaan;
Walaupun bukan dari Malaysia, ramai netizens menyatakan sokongan terhadap Malaysia. Mungkin kerana lawan Malaysia kali ini adalah Korea Utara. Satu negara yang cukup dibenci oleh masyarakat disebabkan sistem pemerintahannya yang bersifat kuku besi dan tidak bertamadun.
Video perbandingan tersebut dibuat mungkin kerana mengambilkira faktor hubungan antara Malaysia dan Korea Utara yang semakin tegang lewat kebelakangan ini terutamanya selepas rakyat Malaysia dijadikan tebusan di negara berkenaan pada 7 Mac lepas.
Tonton video tersebut dibawah atau jika berminat untuk meletakkan komen sila klik sini. 😎😎😎