Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 Disember 2016

Yang Dikutuk UMNO BN Berdemo Bidas Myammar, Yang Membela PAS - Kenapa? Sejak Bila PAS Jadi Jurucakap BN?

Pelik bin ajaib.

Aku membaca dengan teliti kenyataan MP Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad semalam tentang isu Rohingya. 


Berikut di bawah ialah kenyataan tersebut ;

“Membisu di dalam Parlimen – beraksi aktif berdemonstrasi di luar ’’ 

1. Keputusan Kerajaan Malaysia dan pimpinan Barisan Nasional bersama PAS untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 4 Disember 2016 tentang isu pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya, walaupun pada prinsipnya baik, tetapi membingungkan. Adakah UMNO sebagai parti pemerintah hanya mampu sekadar berdemonstrasi? Adakah mereka lupa mereka kerajaan dan sebagai kerajaan mereka wajib melakukan lebih dari berdemonstrasi! 

2. Isu pembunuhan kejam rakyat Islam Rohingya sudah lama berlaku dan Kerajaan Malaysia lesu dalam isu ini di atas berbagai alasan tidak munasabah. Kenapa dan bagaimana mereka sekarang membuat keputusan untuk mengadakan himpunan ini agak menghairankan dan tidak konsisten dengan kenyataan dan juga pendirian kerajaan di Parlimen baru-baru ini. 

3. Pada 24hb November 2016, saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah membawa usul di bawah 19 (a) untuk membahaskan isu pembunuhan orang Islam Rohingya di Myanmar. Bagaimanapun, Speaker Dewan telah menolak usul tersebut atas alasan ia akan “mencampuri hal Negara lain”. Saya dan beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang telah menggesa ia dibenarkan kerana pentingnya dan seriusnya isu pembunuhan beramai-ramai Islam Rohingya yang melibatkan tentera Myanmar. Dewan Mulia Parlimen adalah forum terbaik untuk membahas dengan teratur demi mendengar pendirian dan tindakan yang ingin dicadangkan untuk diambil kerajaan dari ahli-ahli Parlimen Malaysia baik dari Kerajaan atau pembangkang. 

4. Tidak sampai seminggu setelah usul yang di bawa di Parlimen ditolak, Kerajaan dan Perdana Menteri sendiri pula mencadangkan himpunan besar-besaran untuk membantah apa yang berlaku di Myanmar. Adakah mereka ikhlas dalam bantahan mereka ini? Sedangkan membahas usul mengutuk kezaliman ini di Parlimen adalah jauh lebih bermakna dan peluang ini telah pun dinafikan apabila usul ditolak di Parlimen pada 24 November.
5. Adakah hanya setelah melihat kemarahan rakyat pada demonstrasi selepas solat Jumaat pada 25 November, kerajaan baru membuat keputusan untuk melakukan sesuatu dan itu pun sekadar mengadakan himpunan pada 4 Disember?
Sedangkan sebelum pada itu cadangan untuk menarik diri dari perlawanan bolasepak di antara Malaysia dan Myanmar pun ditolak oleh Kabinet Malaysia. Ini amat menyedihkan dan memalukan kerana sementara seperti disahkan pegawai Bangsa-bangsa Bersatu di Myanmar, umat Islam di Myanmar dibunuh secara berterusan oleh tentera Myanmar, kita sanggup terus bersukan di padang bola. Kita pernah tarik diri dari Sukan Olimpik di Moscow kerana serangan Russia ke atas Afghanistan pada tahun 1980’an. Maka kenapa kita tidak melakukan tindakan sama dalam kes Rohingya ini? Adakah demonstrasi ini sekadar bertujuan menunjuk kebersamaan dengan rakyat demi menutup hakikat bahawa kerajaan tidak bertindak?
6. Bagaimana pula dengan pendirian Malaysia kononnya yang menerajui ‘Global Movements of Moderates”, kumpulan sederhana, kalau kita tidak membuat pendirian dengan kerajaan yang menunjukkan sikap extremis ke Agamaan dan perkauman dengan pembunuhan "genocide" beramai-ramai orang Islam melalui program pembersihan ethnik? Tidakkah peranan kerajaan semestinya demi mengerakkan semua yang bersama GMM ini supaya bertindak ke atas kerajaan Myanmar?
7. Apabila usul Rohingya ditolak di Parlimen pada pagi 24 November 2016 oleh Speaker Parlimen, YB Dr. Siti Mariah dan Raja Bahrin dari Amanah, YB Tian Chua dari PKR dan YB Kula Segaran, YB Charles Santiago dan YB Chin Tong dari DAP berucap membantah penolakan usul ini. Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Barisan Nasional atau PAS berdiri untuk berucap menggesa usul ini di benarkan di dalam Dewan Parlimen yang mulia itu ! Tiba-tiba di luar Parlimen mereka ingin menjuarai isu ini? Sedangkan dalam Parlimen mereka diam.
Kenapa menyepi di dalam Dewan tetapi akan lantang bersuara di luar dewan? Adakah kerana himpunan di luar Dewan Parlimen akan di tonton oleh lebih ramai orang maka ia lebih penting dari perbahasan dalam Dewan parlimen? Sedangkan dalam Parlimen tindakan sebagai kerajaan boleh ditetapkan. Dan ini jauh lebih bermakna. Rakyat Malaysia ingin penjelasan.
8. Kami menuntut satu sessi Dewan Parlimen khas dengan segera untuk membahas isu pembunuhan Islam Rohingya. Kerajaan Malaysia perlu membuat pendirian yang tegas dan rasmi di Parlimen dan bukan di padang terbuka.
Kalau permintaan ini tidak dihiraukan maka rakyat akan membuat kesimpulan bahawa demonstrasi ini sebenarnya bukan bertujuan membantu Rohingya tetapi sekadar membantu UMNO dan PAS mengaut sokongan politik masyarakat Melayu.
Raja Bahrin Shah
Pengerusi 
Biro Antarabangsa Amanah
1/12/2016
------------------

Point no 1, point no 2, point no 3, point no 4 bukannya mengkritik PAS. Tetapi mengkritik pendekatan Najib yang mengemudi kerajaan Malaysia dalam menyuarakan bantahan terhadap Myammar atas isu Rohingya.

Ada pun disebut PAS dalam point pertama bukan untuk menyalahkan pendekatan PAS sebaliknya nak menyatakan demo tersebut disertai PAS. Itu sahaja.

Point no 7 pula menyatakan fakta. Iaitu ketika usul tersebut dibangkitkan, tiada mana-mana MP PAS mahu bersetuju untuk membahaskan usul tersebut. Pelik juga. Kenapa tak tunjukkan sokongan dalam dewan.

Yang akhirnya membawa kepada persoalan dalam perenggan terakhir iaitu kenapa PAS tak sokong usul tentang Rohingya dalam dewan tetapi sekadar memilih untuk berdemo. Adakah PAS bersetuju dengan cara speaker yang menindakkan usul tersebut, jika ya kenapa dan apa alasannya.

Seharusnya PAS tumpu kepada jawab persoalan kenapa taknak sokong usul. Cukup.

Kerana MP Kuala Terengganu tidak mempertikaikan kaedah PAS yang mahu berdemo.

Yang dipertikaikan ialah kenapa tak gunakan kaedah i) sokong usul dalam dewan memandangkan tindakan ini lebih kuat berbanding ii) berdemo seperti rakyat Malaysia yang mana mereka tidak memiliki kelayakan dan hak untuk berbahas dalam dewan mahupun sokong apa-apa usul.

Tiada sesiapa pun menafikan PAS pernah bangkitkan usul tentang Rohingya selama ini. Tidak. Cuma kita tak faham kenapa PAS tak bersetuju dengan usul sama seperti MP-MP BN kemudiannya ketika di luar dewan berdemo sama-sama atas tajuk Rohingya. 

Nampak tak persoalan yang wujud tu?
Jawapan Zuhdi bukan sahaja mislead, off topic bahkan diperlihat seperti sedang membela tindakan UMNO BN. 

Itu sahaja la.

*PRESIDEN PAS KONSISTEN MEMBANGKITKAN ISU ROHINGYA DI PARLIMEN* 

Saya membaca kenyataan Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu dari Parti Amanah Negara (PAN) yang mempertikaikan usaha NGO dan rakyat Malaysia untuk menganjurkan Himpunan Solidariti Rohingya yang turut menjemput pemimpin tertinggi negara hadir. MP Kuala Terengganu mempertikaikan mengapa usul tergempar yang dibawa beliau ditolak, tetapi kemudian dianjurkan pula himpunan seperti ini. 

Sepatutnya mana-mana pihak tidak harus mempolitikkan isu ini. Pembelaan nasib saudara-saudara Islam Rohingya adalah tanggungjawab semua bukan untuk dijadikan satu isu politik untuk mempertikailan pihak lain dan mengangkat pihak sendiri. Tidak sepatutnya bila usul tergempar itu ditolak, maka pihak lain termasuk PAS dituduh tidak serius memperjuangkan isu masyarakat Rohingya ini. 

Untuk pengetahuan MP Kuala Terengganu dan PAN, hampir setiap kali sesi parlimen bersidang sejak selepas Pilihanraya Umum (PRU) 2013, Presiden PAS akan bertanya soalan tentang isu Rohingya. 

Berikut saya senaraikan soalan-soalan yang telah ditanya oleh Presiden PAS yang juga MP Marang: 

1. Sesi Jun 2013, soalan no 3 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen: 

*Minta Perdana Menteri untuk menjelaskan, Mengapa Malaysia tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menyelesaikan tragedi pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar* 

2. Sesi Jun 2014, soalan no 8 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen: 

*Minta Menteri Luar untuk menjelaskan, adakah kerajaan Malaysia telah menggunakan kesempatan untuk membangkitkan isu berkaitan pembunuhan dan penindasan etnik Islam Rohingya, Myanmar, dalam mana-mana sesi semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke 24 yang berlangsung di Myanmar baru-baru ini?* 

3. Sesi Oktober 2014, soalan no 4 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen: 

*Minta Perdana Menteri untuk menjelaskan, apakah maklumbalas negara-negara anggota ASEAN terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 24 yang juga diadakan di Myanmar baru-baru ini?* 

4. Sesi Mac 2015, soalan no 2 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen: 

*Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha yang akan dilakukan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2015 dalam menyelesaikan isu umat Islam yang tertindas di Myanmar dan Selatan Thailand* 

5. Sesi Oktober 2015, soalan 4 dari MP Marang yang diserahkan ke parlimen. (soalan ini telah dijawab secara lisan pada 20 Oktober 2015) 

*Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia dan rakyat Rohingya di Arakan?* 

Berdasarkan soalan-soalan parlimen di atas, boleh dilihat hampir setiap kali parlimen bersidang sejak PRU 2013, Presiden PAS akan bertanya tentang pembelaan terhadap nasib umat Islam Rohingya. Malang sekali ada parti dan MP yang baru sekali bawa usul tentang Rohingya terus mendabik dada mereka juara, dan mempertikaikan pihak lain yang mahu bersolidariti untuk membela saudara-saudara kita di Arakan

Dr Mohd Zuhdi Marzuki 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS 
2 Disember 2016 2 Rabiulawal 1438

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...