Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 November 2016

"Adik Aku Hanya Orang Biasa, Baru Jadi Ayah & Sibuk Nak Main Forex Tetapi Tiba-Tiba Ditahan SOSMA Kononnya Terlibat Dalam IS.."

Diluahkan oleh Mahathir Rahman. Abang kandung kepada seorang anggota polis yang bernama Mustaza Rahman, yang telah ditahan tanpa bicara di bawah SOSMA kerana didakwa terlibat sebagai militan IS.

Kami kongsikan luahan abangnya di mukabuku.



Menurut Mahathir, adiknya bukanlah seorang pengganas. Sebaliknya seorang rakyat biasa yang sibuk melakukan pelbagai jenis kerja dan usaha bagi menambahkan pendapatan yang tak seberapa.

Namun segala-galanya berubah sejak beberapa bulan yang lepas apabila adiknya telah ditahan dibawah SOSMA atas alasan terlibat dalam militan IS dan dipaksa untuk mengakui terlibat dalam aktiviti keganasan.

Keluarga Mustaza tidak berdiam diri.
Mereka berusaha keluarkan Mustaza dari penjara dan menyakini Mustaza sebenarnya tidak bersalah.

Bapa Mustaza pada Ogos lepas pernah berkongsikan cerita tentang Mustaza di laman FBnya ;



"Zaman ini zaman fitnah. Mustaza anak yang baik dan pemurah. Kami selalu membantunya dari segi kewangan" - bapa Mustaza.





Dalam pada itu, Suaram sebentar tadi berkongsikan salah seorang mangsa akta SOSMA. 


Ini kenyataan Suaram seperti yang dipetik menerusi FB rasmi mereka.

MANSUH SEGERA TAHAN TANPA BICARA 

Siti Noor Aishah, pelajar Sarjana Usuluddin (Akidah) Universiti Malaya, yang ditahan SOSMA pada 22 Mac 2016, kerana dituduh memiliki 12 buku yang diharamkan, telah diperintahkan untuk dibebaskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, pada 29 September tahun yang sama. 

Hal ini kerana, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Tiada bukti buku yang dimiliki diharamkan pihak kerajaan. Siti Noor Aishah kemudiannya ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada hari yang sama beliau dibebaskan. 

SUARAM sudahpun menfailkan aduan kepada SUHAKAM dan EAIC pada 21 Oktober 2016. Selepas hampir 2 bulan ditahan tanpa bicara dibawah POCA (tidak termasuk 7 bulan penahanan bawah SOSMA), Siti Noor Aishah dibebaskan dari tahanan pada pagi 26 November 2016 (Sabtu lalu). 

Namun beliau dipakaikan dengan alat peranti pemantauan eletronik (EMD) dan diarahkan untuk melapor diri ke Bukit Aman setiap hari Jumaat selama 8 minggu. 

#MansuhTahanTanpaBicara

Walaupun gagal dibuktikan memiliki buku yang diharamkan kerajaan, penahanan Siti Aishah langsung tidak boleh diundur kembali.

7 bulan kerana SOSMA.
2 bulan kerana POCA.
Selepas bebas dipakaikan peranti elektronik.
Atas jenis kesalahan yang masih lagi bersifat samar-samar pembuktiannya.

Mustaza pula dituduh memberikan sokongan dengan niat kepada kumpulan yang beridelogi tertentu (dalam kes ini melibatkan IS) menerusi aplikasi Telegram. Ya, dengan hanya menyokong sesuatu (idelogi) atau menaip komen yang berkecenderungan seperti menyokong sesuatu (idelogi) kita semua boleh duduk di bawah SOSMA pada bila-bila masa.

Mustaza mempunyai dua pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama dia boleh dipenjarakan seumur hidup atau sehingga 30 tahun manakala bagi pertuduhan kedua dia boleh dipenjarakan sehingga 7 tahun dan harta-hartanya boleh dirampas.

SOSMA ialah rebranding ISA.
Nampaknya undang-undang ini lebih extreme dari apa yang kita semua sangkakan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...