Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 November 2016

Peniaga Thailand Tampal Notis Enggan Terima Wang Malaysia - Najib Perlu Tampil Jelaskan Perkara Sebenar, Kenapa Ringgit Semakin Jatuh.

Apa sudah jadi?

Berikut adalah notis yang sedang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan rata-ratanya diperkatakan oleh netizens dengan pelbagai jenis teori dan spekulasi dikemukakan.



Menurut maklumat yang sedang viral, gambar ini merujuk kepada salah sebuah kedai yang berada di Thailand. Ia menampalkan notis bahawanya mulai 29 November 2016, pihak pekedai enggan lagi menerima Ringgit Malaysia dalam urusniaga jual beli yang melibatkan premis perniagaan mereka.

Sumber gambar tidak dapat dipastikan siapa buat masa ini.

Sebelum ini gambar di bawah juga pernah viral di laman sosial.



Ia merujuk kepada nilai ringgit Malaysia yang digunakan di Thailand. Jika rakyat Malaysia enggan menukar kepada wang Bath maka inilah nilainya di Thailand melainkan mereka menukarnya sendiri terus kepada matawang Thailand.

Difahamkan, matawang Malaysia tidak stabil sejak tahun 2015. Nilai matawang itu yang adakalanya jatuh mendadak menyebabkan peniaga-peniaga Thailand enggan mengambil sebarang risiko kerana dibimbangi akan menanggung kerugian.

Dan berikut dibawah aku sertakan penulisan dari Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kau semua baca dan hadamkan.

Kejatuhan Ringgit 

Pada 12 April 2016, ketika nilai Ringgit mencatat prestasi terbaik di Asia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya berkata: “Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. 

Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar.”(http://www.barisannasional.org.my/news/ringgit-mata-wang-terbaik-di-asia-pm-najib

Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda - apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu? 

Kini, para penganalisa ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5. 

Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu. 

Ketika nilai Ringgit meningkat di awal tahun ini, PM berkata keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai di tahun 2015 telah sedikit sebanyak menyumbang ke arah prestasi baik nilai Ringgit. Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai Ringgit hari ini? 

Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini? Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan? 

Apakah kerajaan sudah ada langkah-langkah untuk mengawal inflasi berganda ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan segala penarikan balik subsidi? PAS juga mengikuti rapat langkah-langkah yang diambil Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai Ringgit dengan gesaan menghentikan dagangan ringgit di luar pesisir terutamanya perdagangan ringgit di pasaran kontrak hadapan tanpa serahan (NDF). 

Rizab BNM berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai. 

Pada 14 Ogos 2015, rizab antarabangsa BNM jatuh di bawah AS$100 bilion kepada AS$94.5 bilion kerana aktiviti menyokong nilai Ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu. Setakat 15 Nov 2016, rizab antarabangsa BNM masih di bawah AS$100 bilion iaitu pada AS$98.3 bilion. 

Melihat pada data-data ini, PAS khuatir sekiranya langkah-langkah yang diambil BNM ini tidak berkesan, apakah rizab antarabangsa yang ada hari ini dapat menampung nilai Ringgit sekiranya ia terus menyusut seperti yang dijangkakan para penganalisa ekonomi? 

BNM dan kerajaan perlu jujur dalam mencari sebab mengapa nilai ringgit paling terjejas di rantau Asia. Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai Ringgit. 

Tuan Ibrahim Tuan Man 
Timbalan Presiden PAS 
28 November 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...