Bro Bob menulis ;
Jumlah keseluruhan khairat kematian yang patut diterima ialah 10 ribu namun lebih dari 3 ribu telah dipotong untuk saham FGV sedangkan menurut Bro Bob, duit saham FGV telah dipotong tiap-tiap bulan selepas penggiraan hasil.
Berang kerana diperdayakan, individu tersebut kemudiannya mengamuk di dalam pejabat seperti yang dinyatakan.
Mengikut maklumat di atas, arahan memotong khairat kematian ini adalah datangnya dari pihak pengurusan tertinggi. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk menunaikan umrah namun disebabkan pemotongan tersebut ianya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Untuk mendapatkan khairat kematian ini juga, keluarga si mati perlu menunggu sehingga setahun lebih. Suatu jangka masa yang agak lama dan panjang.
Memetik penulisan dari blogger Milosuam pula, nilai saham Felda (FGV) yang dibayar setiap bulan oleh peneroka sehingga kini semakin merudum, harganya semakin jatuh.