Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 April 2016

#PRNSarawak - BN Luluskan 15.38 Juta Untuk Naik Taraf Jalan.. (Tiba2 Jer Jadi Prihatin)

 
Tanpa kertas kerja (eh, ada ke?) semudah itu menteri kau luluskan peruntukan itu ini? Perghhhhhh terbaek. Tapi boleh percaya ke wei? Bukti, ada bukti? Ada dokumentasi? Ada nampak tak peruntukan tersebut dah diluluskan mengikut tatacara kerja yang sepatutnya? BN.. BN bila tabur projek mulut tu lagi manis dari gula.. SAPA PERCAYA DIA BODOH..
 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
 
Kerajaan meluluskan peruntukan RM15.38 juta bagi menaik taraf Jalan Ulu Krian Fasa II sepanjang 10.25km, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, katanya jaringan telekomunikadi di kawasan pedalaman itu akan turut dinaik taraf bagi memudahkan penduduk menikmati akses internet dengan lebih mudah.

Justeru, beliau meminta penduduk luar bandar bijak memilih calon yang akan membawa pembangunan ke kawasan itu daripada memilih calon yang belum pasti dapat memberikan sesuatu.

"Pastikan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mendapat sokongan penuh bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke kawasan ini," katanya semasa berucap di Rumah Jawi anak Landu di Krian, dekat Saratok, hari ini.

Hadir sama, Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing, calon BN Krian, Kilat Beriak dan calon BN Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz.

Pada pilihan raya negeri 2011, kerusi itu dimenangi oleh calon PKR, Ali Biju dengan majoriti 2,090 undi.

-Bernama

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...