Lihat logo di atas.
Dah lihat?
Oke amek masa sikit baca penjelasan dari DBKL tentang logo berkenaan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bahawa pihaknya telah membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya yang dicerca ramai, dan tidak akan merancang untuk mengubahnya. Daripada jumlah RM2.6 juta itu, RM15,000 akan dibelanjakan untuk panduan jenama, termasuk membuat logo, slogan, penghuraian, sebab dan strategi. Menurut beliau, warna kelabu dalam logo tersebut melambangkan perlombongan bijih timah di bandaraya tersebut suatu masa dahulu.
(rujuk)
Dah baca?
Oke. Keyword.
- Kos buat logo 15k.
- Ini termasuk slogan, penghuraian, sebab dan strategi.
- DBKL yang keluarkan wang tersebut.
Faham kan?
Bagus.
Aku tak terer bab grafik-grafik neh. Tapi tak la bebal juga sampai nak beli logo di atas dengan nilai 15 ribu. 15 ribu kot. Ko gila. Buat pakai paint aje dah settle. Betul2 bodoh ah kau DBKL. Saman orang je tau.
KAH KAH KAH
Kemudiannya. Selepas tersebarnya pengakuan DBKL macam biasa ia kena troll. Kena kutuk, sindir, cerca semua cukup. Aku pun tumpang menghina sekali. Macam biasa. Bab-bab begini aku akan sentiasa keterhadapan. Pembangkang la katakan.
KAH KAH KAH
Orang siap buat pertandingan lagi tu beb.
(rujuk)
Aduh malunya. Bapak gile senang tiru logo KL yang bernilai 15,000 neh. Takde langsung daya kreativiti. Buta2 je lue kena tipu DBKL oi. Ke satu lagi projek oleh kroni Baziran Nasional?
KAH KAH KAH
Kemudiannya. Mungkin bengang kena troll tak henti-henti. Kali ini Datuk Bandar pula tampil memberikan penjelasan.
Ini kata dia.
Kos untuk sebuah logo dan panduan jenama untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai satu destinasi pelancongan yang dicerca ramai adalah kurang daripada RM15,000, dedah datuk bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.Beliau juga menjelaskan hari ini bahawa jumlah RM15,000 adalah termasuk kos pelancaran dan promosi, malah kebanyakan daripada kos tersebut katanya ditaja oleh sebuah syarikat persendirian.“Ia untuk banyak benda. Untuk pelancaranlah dan semuanya,” kata Mhd Amin kepada media selepas pertemuan dengan wakil rakyat ibu negara di sini.“Logo itu ditaja sebuah syarikat persendirian. Sekarang dalam pelancongan kita ada banyak penaja bersama."Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan kos sebenar logo tersebut, atau identiti syarikat penaja yang didakwanya.
(rujuk)
Aik. Ditaja pula? Tapi sebelum tu DBKL kata taknak tukar sebab dah belanja 15k untuk LOGO termasuk SLOGAN, PENGHURAIAN, SEBAB dan STRATEGI.
Takde cakap pasal PROMOSI pun?
Takde cakap pasal PELANCARAN pun?
Takde cakap bahawanya LOGO tersebut ditaja KORPORAT pun?
Kenapa kenyataan korang dah bertukar? Tak sampai 2 hari pun?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Dia dah bodoh. Dia nak memperbodohkan orang lain pula. Dia gini je aku fikir. Very simple. DBKL sebenarnya dah kantoi. Mula2 dorang cakap bahawanya logo tersebut bernilai 15k. Dengan harapan akan mendiamkan kritikan orang ramai terhadap logo berkenaan. Yela dah keluar 15k. Netizens terima je la realitinya. Jangan la kutuk2 lagi membazir je belanja 15k tau. Sobsobsob. Kekonon orang nak fikir macam tu. Nak simpati bagai. Mimpi la lue.
Logo tersebut dikritik netizens kerana tersangat buruk dan teruk tak sesuai nak mengambarkan keadaan KL yang begitu maju nak mampos neh sehingga bandar2 lain keciciran teruk. Bukan sahaja gagal mendiamkan kritikan bahkan mengundang bala. Dari orang kutuk2 logo pelancongan KL yang buruk terus orang membandingkan dari segi kos. What the hell. 15k untuk logo ini? Dah nak mampos ke apa kau DBKL? Takde otak nak fikir? Lepas tu Datuk Bandar datang menyelamat. Dia pun bagi la alasan logo berkenaan ditaja bagai. Dalam Malay Mail versi English siap cakap LOGO tersebut belum muktamad. What the fack la kan. Padahal dah promosi bagai. Itupun ayat dia juga tu. Celaru nak mampos. Kalau belum muktamad kenapa kau mempromosikan ia? Kalau belum muktamad jadahnya syarikat nak taja? Hadoi. Tuhan. Kenapa la dorang neh fikir kita semua neh bingai-bingai belaka? Nak bagi alasan ke nak counter attack ke semak dulu butiran. Kau suruh PA kau pergi semak laporan online. Buat nota penting. Apa komen netizens. Dan dari situ baru boleh fikir nak keluarkan statement yang macam mana untuk mendiamkan kritikan. Benda simple pun tak reti nak fikir. Patutlah logo macam haram.
KAH KAH KAH!